Mataku masih segar dikala jam menunjukkan ke angka tiga pagi. Jari-jemariku laju menekan butang-butang yang ada di hadapanku. Sambil mendengar lagu-lagu cinta menggunakan Winamp player. Hatiku sayu. Sesekali mataku menjeling ke arah telefon bimbitku yang sunyi sepi tanpa sebarang bunyi.
"Lah, silent rupanya.." detik hatiku tatkala aku mencapai telefon bimbitku.
Aku melihat tiada tanda sebarang mesej yang masuk. Aku menekan punat telefon bimbitku untuk melihat inbox. Hampa. Mesej terakhir darinya pada jam 11.12 pm. Aku melihat keseluruhan mesej darinya. Hanya ada 36 mesej kesemuanya sepanjang hari Jumaat, semalam. Sikit. Terlampau sedikit bagiku.
Mengapa tempat kerjanya tiada talian yang clear? Terlalu susah untuk kami berhubung. Terlalu susah untuk aku mengetahui tentangnya di sana. Bersabarlah hati. Kuatkanlah diriku dan dirinya. Dirinya lebih terseksa kerana terpaksa berjauhan denganku.
Gambar dan rakaman suara serta video menjadi pengubat rindu. Aku menatap dan mendengar berulang kali. Tetapi masih tidak mampu memujuk mataku untuk tidur. Inikah dugaan yang harus terima sebelum kami disatukan? Mungkin. Aku percaya dan aku rela. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.
Ya ALLAH.. Kau satukanlah kami sehingga ke syurga. Kau rahmatilah hubungan kami. Kau kuatkanlah hati kami. Kau tabahkanlah hati kami. Demi menuju kehidupan yang diberkati-Mu Ya ALLAH.
saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat,
sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni..
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori
0 orang dah meluah perasaan:
Catat Ulasan