Memaparkan catatan dengan label isu agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu agama. Papar semua catatan


Muslimah itu , 
terkadang gelak kuat tak henti , terkadang juga minum berdiri , terkadang sebelum tidur trlupa baca doa & ayat kursi , 
terkadang pakai stoking dimulai kaki kiri , 
terkadang aci redah sarung kasut org lain tanpa disedari .


Muslimah itu , 
terkadang gembira sampai trlompat terkinja smbil trsenyum tayang gigi , 
terkadang menitis air matanya laju tak terperi , 
terkadang rasa lemah smpai tak mampu nk bangun2 lagi , 
terkadang rasa marah menguasai diri , 
sampai rasa nk lempang org tu laju2 without mercy .

Muslimah itu , 
adalah manusia biasa , 
yg tak lari dari segala perasaan sebagai manusia , 
yg tak lari dari segala mcm ujian dan pancaroba , 
yg tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya , 
yg tak lari dari buat khilaf dan dosa .

Kerana apa ? 
Kerana dia juga manusia biasa . Apa2 pun , yg pastinya , muslimah itu sentiasa bangkit bila trjatuh , sentiasa cuba gembirakan hati org lain walau hatinya sendiri remuk , sentiasa cuba nk improve diri , 
dari semasa ke semasa tnpa henti , walau terkadang dia trsungkur , itu bkn kerana dia lemah , 
tapi itu kerana dia cuba ambil masa utk bangkit semula , 
jadi kuat dari sebelumnya , 
kerana dia berusaha utk mnjadi bidadari dunia , dan juga di akhirat sana ,

insyaAllah :')

**copy/paste dari fb**

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
[gambar curik kat belog Abg Nara]

TAHNIAH BUAT AZZA ELITE yang selamat bernikah dengan lelaki pilihan hatinya.. Azlan.. 

Semoga berbahagia bersama pasangan hingga ke syurga.. walaupun majlis pernikahan jelas kelihatan ade yang menentang hukum ALLAH, semoga mereka mendapat hidayah..

apa yang aku nak tegur / cerita / komen sebenarnya, [walau mungkin tade sape kisah] adalah tentang pihak pentadbiran masjid itu sendiri... ADAKAH MEREKA BUTA? ATAU SENGAJA TUTUP MATA?

majlis pernikahan mereka ni setahu aku diadakan di Masjid Bukit Antarabangsa.. adakah kerana "ANTARABANGSA" membuatkan pihak masjid tu tak kisah dengan cara penampilan seseorang di dalam RUMAH ALLAH? antarabangsa la konon... INTERNATIONAL! isk isk isk..

aku tak mahu menyalahkan si artis yang sudah kita tahu jahil bab agama.. kalau tidak, masakan mereka berani menjadi artis [yang cekci], sepatutnya pihak masjid sendiri yang wajib menegur atau membetulkan salah silap mereka.. benda² macam inilah yang menyebabkan orang bukan Islam memandang serong pada agama kita, ISLAM..

sedangkan kaum hindu nak masuk kuil pon tutup kepala dengan kain.. sebab nk menghormati RUMAH TUHAN mereka.. ini kita orang ISLAM sendiri tak tahu nak menghormati RUMAH ALLAH...

pada pihak masjid.. semoga anda semua Pakcik², Makcik², Abang², Kakak², Adik², sama²lah kita menjaga kesucian masjid.. Setiap masjid pasti ade signage yang menunjukkan etika berpakaian ketika berada di dalam masjid.. besar kot.. kalo nampak ada yang melanggar.. bawak aje org tu ngadap signage tu..

sekian..

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 

Hari ini 3 Mac 2012. 88 tahun yang lalu bersamaan 3 Mac 1924 telah berlaku suatu peristiwa hitam yang meragut segala-galanya iaitu Khilafah Islam daulah Usmaniah ditumbangkan oleh kufar British melalui ejennya Mustafa Kamal laknatullah.Institusi Khilafah yg pernah memayungi umat selama 1342 tahun telah lenyap dari peta dunia.Tiada lagi undang-undang berasaskan Kitabullah & sunnah Rasul melainkan diganti dengan undang-undang penjajah.Empayar Islam Ustmaniah yg melebar dari Andalusia(Sepanyol) ke Nusantara merentasi 3benua,Asia,Afrika & Eropah dipecah-pecahkan menjadi negara bangsa seperti yg ada pd hari ini.Sejak itu puak kufar menanamkn Nasionalisme supaya kaum Muslimin mencintai negara bangsa masing-masing & memberi demokrasi serta undang-undang yg di asaskn Lord Reid sbg undang-undang tertinggi negara.Sungguh ini sebuah malapetaka bg seluruh kaum Muslimin sejak runtuhnya daulah Khilafah.Hingga ke hari ni kaum Muslimin berpecah belah kerana demokrasi sedangkan kita pernah mempunyai sebuah negara besar & hidup aman tanpa bercakaran sesama sendiri.Puak kufar telah berjaya menjauhkan kaum Muslimin dengan al-Quran & sunnah dengan memasukkan sekularisme,kapitalisme serta hedonisme adalah tujuan utama dlm kehidupan.Kaum Muslimin pd hari ini semakin jauh dengan pemahaman sistem Khilafah Islam & menjadi penentang sistem dari wahyu ini sedangkan sejak zaman Rasulullah s.a.w sehingga 3 Mac 1924,sistem dari wahyu ini menjaga umat dengan kedamaian & kemakmuran sehingga menjadi negara super power yg di takuti oleh org2 kafir.
Inilah tugas kita wahai kaum Muslimin yg mempunyai kesedaran & hati nurani ! Perjuangan ini tidak pernah & tidak akan berhenti sehingga tegak kembali Khilafah Islam.Kita sudah muak dengan sistem taghut yg ada pd hari ini yg sentiasa menindas umat.Hak-hak rakyat di rompak di depan mata.Cukai-cukai yg sama sekali haram disisi Islam di kenakan keatas kita.Gejala sosial yg berleluasa tidak pernah surut malah para pnguasa taghut memperbanyakkan pusat2 maksiat.Malapetaka apakah ini? Inilah kesan sejak keruntuhan daulah Islam 3 Mac 1924 tp kebanyakan mereka tidak mengetahui...

#copypaste from : fb Haruman Bunga Peradaban

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
setelah sekian lame menyepi, akhirnya aku pon merajinkan diri untuk menaip di belog kesayangan ku ini. korang yang menyinggah ni ape khabar? kalo singgah tu jangan la takat celup kaki dalam air ye *peribahasa rekaan yg bermaksud jengah belog tanpa baca entry*..hehehe..

kebelakangan ini aku asyiklah terbaca tentang nikah khitbah/nikah gantung . bukan pas nikah gantung diri sampai mati ye anda sekalian.. tapi gantung tanggungjawab je sebagai suami / isteri.. 
nikah khitbah ni seswai la untuk mereka yang masih belajar atau masih di bawah tanggungan keluarga.. atau sebetulnya tak mampu nak menyara diri sendiri lagi..

sebab apa ye? sebab utama nya adalah untuk mengelakkan maksiat. nak kahwin macam biasa, duit tak ada, family pulak kategori orang biasa² aja.. cukuplah untuk menampung kehidupan seharian..so, dengan nikah khitbah ni, pasangan tu boleh tangguhkan kenduri sampai mereka mampu untuk membuat kenduri..

tapi, persoalannya sekarang.. berapa ramai ibu bapa yang setuju dengan pernikahan sebegini? memang tak ramai pon la kan. lebih² lagi keluarga pasangan perempuan dah confirm menentang habis-habisan.. [termasuklah ayah aku jugak]

"Penat-penat aku bela anak aku dari kecik, bagi makan bagi minum.. aku sekolahkan sampai pandai², kau boleh nak kahwin ngan anak aku macam tu aja?" ayat si ayah yang biasa kite dengar kalo pernikahan sebegini diminta pasangan.

"Dah tahu tak ada duet, tak ada kerja, ada hati nak kahwin dengan anak dara orang? kau nak bagi anak aku makan apa lepas kahwin? pasir!?" ayat ibu pulak menambah menyokong tindakan si ayah.

maka.. dengan itu.. jadilah kes kahwin lari sampai siam.. ni kes anak tak mengenang budi je pada aku ni.. pentingkan kekasih dari ibu ayah yang dah lama menjaga kita.. jumpa kekasih barulah bape bulan.. kot lama sangat pon 3-4 tahun... mak bapak kau jaga kau dari kecik kau x pikir plak? cis!!!

emosional plak aku... hehehe..

berbalik pada nikah khitbah.. hehe.. keburukan yang aku nampak cumalah boleh menimbulkan fitnah aja. maklumlah nikah khitbah ni kan biasanya antara sanak saudara ngan rakan² rapat je yang tahu.. sementara nak menunggu duet banyak untuk buat kenduri.. dah tentu macam² akan terdengar.. tu jelah..

tp benda boleh setel.. korang gantung kan aje sijil nikah atau kad nikah kat leher tiap kali korang kuar.. bile nampak orang pandang lain macam.. tayang sket kat muke dorang.. hahahahha...

then ada lagi satu aku ada gak terbaca menyatakan bila nikah khitbah ni, lelaki x memegang tanggungjawab dalam memberi nafkah zahir.. sebab tu dorang nikah khitbah.. dan sebab itu nikah khitbah ni seswai untuk mereka yang belum bekerja atau masih belajar.. biler dah bekerja.. ada pendapatan.. kewajipan / tanggungjawab tu akan tetap di bahu suami kembali ... tapi bab ni aku tak berapa sure sangat.. kalo aku terjumpe yang sahih sesahihnya aku update lah ye.. hehehe..

dengan itu aku menyarankan rakan-rakan ku cuba memujuk keluarga anda semua untuk bernikah secara khitbah.. korang boleh cuba yakinkan mereka kebaikan yang akan korang dapat lebih² lagi untuk mengelak zina.. daripada buat majlis bertunang besar-besaran, lebih baek korang buat majlis nikah.. then sampai masa buat kenduri pulak.. tak gitu?

pandainya lah kan aku bagi cadangan.. cadangan aku yang camni pon kene tolak dulu.. hahaha.. tapi manalah tahu parents korang boleh terima kan.. cuba lah try.. hehehe.. tapi kalau kena tolak, janganlah pulak korang kawen lari ye.. pujuk je sampai boleh.. kalo x boleh jugak.. korang ikut jelah kehendak keluarga.. kumpul duet cepat² sket kasik banyak.. sekian terima kasih..



 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 

Dicatat oleh al-'Abd al-Da'if: pada :

Allah S.W.T. telah mengkhususkan beberapa masa di mana pada waktu itu manusia begitu hampir dengan rahmat Allah S.W.T. dan kurnia-Nya. Pada masa-masa ini, manusia begitu dekat dengan Allah S.W.T. , di mana pintu-pintu langit terbuka dan doa-doa diterima. Antaranya ada 10 masa sepertimana yang dapat dihimpunkan daripada hadith-hadith Nabi S.A.W., iaitu;


1. Masa daripada gelincir matahari pada hari Jumaat sehingga terbenamnya matahari. Yakni antara selepas masuknya waktu zohor hari Jumaat sehingga masuknya waktu maghrib. Ini berlaku hanya seminggu sekali.

2. Masa ketika dinihari, iaitu satu pertiga malam yang akhir, atau waktu suhur sebelum masuk waktu fajar. Yakni antara pukul 2/3 pagi sehingga pukul 5/6 pagi lebih kurangnya.

3. Masa sujud, sama ada dalam solat fardhu mahupun solat sunat.

4. Masa selepas azan berkumandang, iaitu antara azan dan iqamah.

5. Masa selepas setiap solat fardhu.

6. Masa orang yang berpuasa berbuka puasa.

7. Masa turunnya hujan.

8. Masa berlakunya peperangan fisabilillah. Ini jarang-jarang berlaku.

9. Masa malam Lailatul Qadar. Ini berlaku hanya setahun sekali, iaitu dalam bulan Ramadhan.

10. Masa hari Arafah, yakni ketika jemaah haji berwuquf di sana pada 9 Zulhijjah. Ini juga berlaku setahun sekali. Mengikut pendapat (berdasarkan hadith-hadith), masa mustajab berkenaan adalah mengikut jemaah haji berwuquf di Arafah, walaupun kiraan hisab dalam taqwim tempatan kita masih menunjukkan 8 Zulhijjah.

(Faedah disaring daripada kitab al-Wasiyyah al-Nabawiyyah lil-Ummah al-Islamiyyah fi Hajjah al-Wada' oleh Prof. Dr. Faruq Hamadah, hlm. 168-174)

#copypaste from http://misteriousgrapersz.blogspot.com

 
 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
Aku dah lama perasan, banyak kereta di Malaysia ni suka letak anak patung yang comel² kat bawah kereta diorang. Konon comel la kan. Apa motif pon aku tak tahu. 

Kadang² macam kasihan pun ada kat anak patung tu. Nampak macam orang kena gantung pastu kena seret. Isk isk isk . . Kalau benda tu bernyawa memang menyeksakan lah.

Then one day aku mengadap internet, aku terjumpa satu entry tentang hal ini. Blog mana aku pon tak ingat. Rupanya itu adalah amalan ritual dari Thailand. Ada gak yang cakap dari Korea. Aku pon tak tahulah dari mana asalnya. Tapi motifnya sama.

Mengikut kepercayaan mereka, jika mereka meletakkan anak patung di bawah kereta mereka, roh orang yang mati kemalangan di jalanraya terutama kanak-kanak tidak akan mengganggu mereka dan kereta mereka malah gembira sebab ada anak patung tu. Boleh la buat main kan. *haha*

kat bawah ni kisah yang aku copy dari facebook Najib Syahmi Belog

TREND LETAK ANAK PATUNG Di BUMPER KERETA.

Saya teringat suatu perbualan dengan abang saudara saya semasa traffic jam di lebuhraya baru-baru ni. Pelbagai jenis kereta lalu melepasi kami dan abang saudara sy pun bertanya,

“Ha kau tahu tak, kenapa orang selalu letak anak patung bawah kereta dia?”

Saya lihat ada kereta lalu di hadapan, dengan anak patung Spongebob. Banyak dah orang buat, especially kereta sport. Ada tasmania devil, sylvester, tweety, pendek kata semua soft toy. kadang-kadang sampai buruk pun ada. Kesian tengok anak patung tu..

“Entah la,” saya duga. “Mungkin, nak bumikan elektrik semasa kilat kot?”

“Salah…”

“Sebab, ni budaya orang Thailand. Orang sana percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung. Supaya roh kanak-kanak tu happy.”

“La ye ke,” kata saya. “Patutlah time saya pergi Bangkok dulu, diorg buat shrine tepi jalan. Kata tourist guide, kalau orang tu mati kat situ, buat kuil kat situ. Dia jadi penjaga jalan tu.”

“Ha tulah, orang kita ni suka ikut saja budaya luar. Asal cute je buat. Tak fikir pun sebabnya.”

Bila Google di sini saya mendapati perkara yang sama. Di sini pula, halaman blog pelancongan Thailand ni pula mengatakan bahawa trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Peehhh…nasib baik saya pun tak buat…, nanti rosak pula akidah percaya pada roh anak patung. Hari tu ada jgk terfikir nk buat mcm tu…, npk comelkan?? So…apa2 pun nk buat, kita rujuklah dgn mana2 sumber yg patut..supaya jgn nnt org ckp… 

“nil ah dia..org yg suka beramal/mengikut....tapi takda ilmu…”

Maka dengan itu, kita sebagai Muslim / Muslimah, janganlah nak ikut membuta tuli saja apa yang orang lain buat. Kaji dulu atau tanya motifnya sebelum turut serta terjerumus secara tak sengaja. 

Semoga korang dah tau. Hehehe..

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
sempena bulan FEBRUARY yang sinonim dengan bulan KASIH SAYANG kononnya.. inginlah hamba menge'paste' sesuatu yang berkenaan mengapa jatuhnya hukum HARAM bagi umat ISLAM menyambut / meraikan hari kekasih ini yang jatuh pada 14 Februari pada setiap tahun. Sama-sama lah kita baca dan kongsikan pada rakan-rakan sekalian.

♥♥♥hari-hari aku sayang♥♥♥

TIBANYA 14 Februari tidak lengkap tanpa peringatan supaya umat Islam tidak menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day yang sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat khususnya generasi muda sekarang.
Ada berpendapat usah dibangkitkan isu itu kerana hanya akan menjadi pencetus kepada amalan bercanggah dengan syariat Islam. Namun, ada baiknya dibincangkan perkara ini sebagai peringatan kepada mereka yang sudah memasang niat untuk meraikannya.
Malah, ia sebagai penjelasan kerana ada yang cuba menghalalkan sambutan Hari Kekasih ini supaya perancangan meraikannya tidak dipandang serong dengan pendapat, ia adalah hari untuk menterjemahkan perasaan kasih sayang bukan saja kepada kekasih, malah juga keluarga serta sahabat handai.
Hakikatnya, apa juga alasan diberikan untuk membolehkan Hari Kekasih disambut terutama oleh golongan muda Islam, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:
“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”
Buku Elak Sambut Valentine’s Day terbitan JAKIM membincangkan secara lanjut alasan mengapa umat Islam dinasihatkan supaya tidak meraikan hari yang mengambil sempena nama paderi besar Kristian Saint Valentine.
Berdasarkan fakta dalam buku itu, bagi merungkaikan isu kenapa umat Islam perlu elak menyambut Hari Kekasih, ialah dengan mendalami dan memahami apakah maksud Valentine itu sendiri serta asal usul ia menjadi sebuah perayaan.
Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History of First Name).
Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.
Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.
Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom.
Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.
Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.
Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.
Pendapat ketiga pula menyatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope.
Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.
Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.
Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine adalah perayaan keagamaan yang disambut orang Kristian. Malah jika merujuk kepada kenyataan pihak Kristian hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual dalam agama Kristian.
Laman web Spiritrestoration.org : The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah tajuk Pengertian Hari-Hari Suci Keagamaan – indeks Saint Valentine’s Day menyebut: Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian. St Valentine adalah syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di Amerika Syarikat sebagai perayaan cinta di zaman sekular.
Termaktub dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa juga versi berkenaan dengan St Valentine, kesemua mereka dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut: ’sekurang-kurangnya ada tiga orang St Valentine yang berbeza, semua mereka adalah syahid, ia disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.’
Berdasarkan fakta itu, jelas sekali Hari Valentine adalah perayaan yang menjadi amalan ritual agama Kristian. Ini sekali gus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih lagi dalam soal membabitkan akidah Islam.
Islam sangat prihatin serta menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti tersendiri dan berbeza dengan umat lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain.
Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan amalan ibadat agamanya dengan akidah dan ibadat agama lain.
Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)
Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal bersifat individu seperti dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariat Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
+ Artikel asal dari: http://nurjeehan.hadithuna.com
♥♥♥hari-hari aku sayang♥♥♥

so, hambe harap rakan² sume paham lah hendaknya mengapa, kenapa kan kan? harap terjawablah kan kan? 

tapi kalo nak beli barang jenama Valentino buleh kot.. erk.. Hush Puppies plak camner eh? kompius lah!!


 ►jumpa lak kartun ni◄

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 

Sifat-Sifat Nabi Muhammad SAW

Fizikal Nabi
Telah dikeluarkan oleh Ya'kub bin Sufyan Al-Faswi dari Al-Hasan bin Ali ra. katanya: Pernah aku menanyai pamanku (dari sebelah ibu) Hind bin Abu Halah, dan aku tahu baginda memang sangat pandai mensifatkan perilaku Rasulullah SAW, padahal aku ingin sekali untuk disifatkan kepadaku sesuatu dari sifat beliau yang dapat aku mencontohinya, maka dia berkata:

Adalah Rasulullah SAW itu seorang yang agung yang senantiasa diagungkan, wajahnya berseri-seri layak bulan di malam purnamanya, tingginya cukup tidak terialu ketara, juga tidak terlalu pendek, dadanya bidang, rambutnya selalu rapi antara lurus dan bergelombang, dan memanjang hingga ke tepi telinganya, lebat, warnanya hitam, dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya, yang bila baginda marah kelihatannya seperti bercantum, hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya, janggutnya lebat, kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih dan jarang-jarang, di dadanya tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya memanjang, berbentuk sederhana, berbadan besar lagi tegap, rata antara perutnya dan dadanya, luas dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari bulu, sedang pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula, lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang ujung jarinya, rongga telapak kakinya tidak menyentuh tanah apabila baginda berjalan, dan telapak kakinya lembut serta licin tidak ada lipatan, tinggi seolah-olah air sedang memancar daripadanya, bila diangkat kakinya diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, langkahnya panjang-panjang seperti orang yang melangkah atas jurang, bila menoleh dengan semua badannya, pandangannya sering ke bumi, kelihatan baginda lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya, selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.

Kebiasaan Nabi
Kataku pula: Sifatkanlah kepadaku mengenai kebiasaannya!Jawab pamanku: Adalah Rasulullah SAW itu kelihatannya seperti orang yang selalu bersedih, senantiasa banyak berfikir, tidak pernah beristirshat panjang, tidak berbicara bila tidak ada keperluan, banyak diamnya, memulakan bicara dan menghabiskannya dengan sepenuh mulutnva, kata-katanya penuh mutiara mauti manikam, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, lemah lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.

Dalam riwayat lain, dikatakan bahwa baginda menjadi marah kerana sesuatu urusan dunia atau apa-apa yang bertalian dengannya, tetapi apabila baginda melihat kebenaran itu dihinakan, tiada seorang yang dapat melebihi marahnya, sehingga baginda dapat membela kerananya. Baginda tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila baginda merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya, dan bila baginda marah baginda terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila baginda gembira dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin.

Berkata Al-Hasan lagi: Semua sifat-sifat ini aku simpan dalam diriku lama juga. Kemudian aku berbicara mengenainya kepada Al-Husain bin Ali, dan aku dapati ianya sudah terlebih dahulu menanyakan pamanku tentang apa yang aku tanyakan itu. Dan dia juga telah menanyakan ayahku (Ali bin Abu Thalib ra.) tentang cara keluar baginda dan masuk baginda, tentang cara duduknya, malah tentang segala sesuatu mengenai Rasulullah SAW itu.

Rumah Nabi
Berkata Al-Hasan ra. lagi: Aku juga pernah menanyakan ayahku tentang masuknya Rasulullah SAW lalu dia menjawab: Masuknya ke dalam rumahnya bila sudah diizinkan khusus baginya, dan apabila baginda berada di dalam rumahnya dibagikan masanya tiga bagian. Satu bagian khusus untuk Allah ta'ala, satu bagian untuk isteri-isterinya, dan satu bagian lagi untuk dirinya sendiri. Kemudian dijadikan bagian untuk dirinya itu terpenuh dengan urusan di antaranya dengan manusia, dihabiskan waktunya itu untuk melayani semua orang yang awam maupun yang khusus, tiada seorang pun dibedakan dari yang lain.

Di antara tabiatnya ketika melayani ummat, baginda selalu memberikan perhatiannya kepada orang-orang yang terutama untuk dididiknya, dilayani mereka menurut kelebihan diri masing-masing dalam agama. Ada yang keperluannya satu ada yang dua, dan ada yang lebih dari itu, maka baginda akan duduk dengan mereka dan melayani semua urusan mereka yang berkaitan dengan diri mereka sendiri dan kepentingan ummat secara umum, coba menunjuki mereka apa yang perlu dan memberitahu mereka apa yang patut dilakukan untuk kepentingan semua orang dengan mengingatkan pula: "Hendaklah siapa yang hadir menyampaikan kepada siapa yang tidak hadir. Jangan lupa menyampaikan kepadaku keperluan orang yang tidak dapat menyampaikannya sendiri, sebab sesiapa yang menyampaikan keperluan orang yang tidak dapat menyampaikan keperluannya sendiri kepada seorang penguasa, niscaya Allah SWT akan menetapkan kedua tumitnya di hari kiamat", tiada disebutkan di situ hanya hal-hal yang seumpama itu saja.

Baginda tidak menerima dari bicara yang lain kecuali sesuatu untuk maslahat ummatnya. Mereka datang kepadanya sebagai orang-orang yang berziarah, namun mereka tiada meninggalkan tempat melainkan dengan berisi. Dalam riwayat lain mereka tiada berpisah melainkan sesudah mengumpul banyak faedah, dan mereka keluar dari majelisnya sebagai orang yang ahli dalam hal-ihwal agamanya.

Luaran Nabi
Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Kemudian saya bertanya tentang keadaannya di luar, dan apa yang dibuatnya? Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW ketika di luar, senantiasa mengunci lidahnya, kecuali jika memang ada kepentingan untuk ummatnya. Baginda selalu beramah-tamah kepada mereka, dan tidak kasar dalam bicaranya. Baginda senantiasa memuliakan ketua setiap suku dan kaum dan meletakkan masing-masing di tempatnya yang layak. Kadang-kadang baginda mengingatkan orang ramai, tetapi baginda senantiasa menjaga hati mereka agar tidak dinampakkan pada mereka selain mukanya yang manis dan akhlaknya yang mulia. Baginda selalu menanyakan sahabat-sahabatnya bila mereka tidak datang, dan selalu bertanyakan berita orang ramai dan apa yang ditanggunginya. Mana yang baik dipuji dan dianjurkan, dan mana yang buruk dicela dan dicegahkan.

Baginda senantiasa bersikap pertengahan dalam segala perkara, tidak banyak membantah, tidak pernah lalai supaya mereka juga tidak suka lalai atau menyeleweng, semua perkaranya baik dan terjaga, tidak pernah meremehkan atau menyeleweng dari kebenaran, orang-orang yang senantiasa mendampinginya ialah orang-orang paling baik kelakuannya, yang dipandang utama di sampingnya, yang paling banyak dapat memberi nasihat, yang paling tinggi kedudukannya, yang paling bersedia untuk berkorban dan membantu dalam apa keadaan sekalipun.

Majlis Nabi
Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya lalu bertanya pula tentang majelis Nabi SAW dan bagaimana caranya ? Jawabnya: Bahwa Rasulullah SAW tidak duduk dalam sesuatu majelis, atau bangun daripadanya, melainkan baginda berzikir kepada Allah SWT baginda tidak pernah memilih tempat yang tertentu, dan melarang orang meminta ditempatkan di suatu tempat yang tertentu. Apabila baginda sampai kepada sesuatu tempat, di situlah baginda duduk sehingga selesai majelis itu dan baginda menyuruh membuat seperti itu. Bila berhadapan dengan orang ramai diberikan pandangannya kepada semua orang dengan sama rata, sehingga orang-orang yang berada di majelisnya itu merasa tiada seorang pun yang diberikan penghormatan lebih darinya. Bila ada orang yang datang kepadanya kerana sesuatu keperluan, atau sesuatu masliahat, baginda terus melayaninya dengan penuh kesabaran hinggalah orang itu bangun dan kembali.

Baginda tidak pernah menghampakan orang yang meminta daripadanya sesuatu keperluan, jika ada diberikan kepadanya, dan jika tidak ada dijawabnya dengan kata-kata yang tidak mengecewakan hatinya. Budipekertinya sangat baik, dan perilakunya sungguh bijak. Baginda dianggap semua orang seperti ayah, dan mereka dipandang di sisinya semuanya sama dalam hal kebenaran, tidak berat sebelah. Majelisnya semuanya ramah-tamah, segan-silu, sabar menunggu, amanah, tidak pemah terdengar suara yang tinggi, tidak dibuat padanya segala yang dilarangi, tidak disebut yang jijik dan buruk, semua orang sama kecuali dengan kelebihan taqwa, semuanya merendah diri, yang tua dihormati yang muda, dan yang muda dirahmati yang tua, yang perlu selalu diutamakan, yang asing selalu didahulukan.

Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya pun lalu menanyakan tentang kelakuan Rasulullah SAW pada orang-orang yang selalu duduk-duduk bersama-sama dengannya? Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW selalu periang orangnya, pekertinya mudah dilayan, seialu berlemah-lembut, tidak keras atau bengis, tidak kasar atau suka berteriak-teriak, kata-katanya tidak kotor, tidak banyak bergurau atau beromong kosong segera melupakan apa yang tiada disukainya, tidak pernah mengecewakan orang yang berharap kepadanya, tidak suka menjadikan orang berputus asa. Sangat jelas dalam perilakunya tiga perkara yang berikut. Baginda tidak suka mencela orang dan memburukkannya. Baginda tidak suka mencari-cari keaiban orang dan tidak berbicara mengenai seseorang kecuali yang mendatangkan faedah dan menghasilkan pahala.

Apabila baginda berbicara, semua orang yang berada dalam majelisnya memperhatikannya dengan tekun seolah-olah burung sedang tertengger di atas kepala mereka. Bila baginda berhenti berbicara, mereka baru mula berbicara, dan bila dia berbicara pula, semua mereka berdiam seribu basa. Mereka tidak pernah bertengkar di hadapannya. Baginda tertawa bila dilihatnya mereka tertawa, dan baginda merasa takjub bila mereka merasa takjub. Baginda selalu bersabar bila didatangi orang badwi yang seringkali bersifat kasar dan suka mendesak ketika meminta sesuatu daripadanya tanpa mahu mengalah atau menunggu, sehingga terkadang para sahabatnya merasa jengkel dan kurang senang, tetapi baginda tetap menyabarkan mereka dengan berkata: "Jika kamu dapati seseorang yang perlu datang, hendaklah kamu menolongnya dan jangan menghardiknya!". Baginda juga tidak mengharapkan pujian daripada siapa yang ditolongnya, dan kalau mereka mau memujinya pun, baginda tidak menggalakkan untuk berbuat begitu. Baginda tidak pernah memotong bicara sesiapa pun sehingga orang itu habis berbicara, lalu barulah baginda berbicara, atau baginda menjauh dari tempat itu.

Diamnya Nabi
Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Saya pun menanyakan pula tentang diamnya, bagaimana pula keadaannya? Jawabnya: Diam Rasulullah SAW bergantung kepada mempertimbangkan empat hal, yaitu: Kerana adab sopan santun, kerana berhati-hati, kerana mempertimbangkan sesuatu di antara manusia, dan kerana bertafakkur. Adapun sebab pertimbangannya ialah kerana persamaannya dalam pandangan dan pendengaran di antara manusia. Adapun tentang tafakkurnya ialah pada apa yang kekal dan yang binasa. Dan terkumpul pula dalam peribadinya sifat-sifat kesantunan dan kesabaran. Tidak ada sesuatu yang boleh menyebabkan dia menjadi marah, ataupun menjadikannya membenci. Dan terkumpul dalam peribadinya sifat berhati-hati dalam empat perkara, iaitu: Suka membuat yang baik-baik dan melaksanakannya untuk kepentingan ummat dalam hal-ehwal mereka yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat, agar dapat dicontohi oleh yang lain. Baginda meninggalkan yang buruk, agar dijauhi dan tidak dibuat oleh yang lain. Bersungguh-sungguh mencari jalan yang baik untuk maslahat ummatnya, dan melakukan apa yang dapat mendatangkan manfaat buat ummatnya, baik buat dunia ataupun buat akhirat.

(Nukilan Thabarani - Majma'uz-Zawa'id 8:275)

sumber copy [http://azharjaafar.blogspot.com]


 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
SALAM MAULIDURRASUL 1433H

Utk sahabat2ku...

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
kenapa setiap teguran berunsurkan ISLAMIK akan dibidas dengan
"Macam kau alim sgt plak kan? Macm kau bagus sgt plak kan?" 
tidakkah anda tahu, jika nak tunggu orang yang sempurna menegur anda, alamatnya sampai kiamatlah tak ada org yg mampu menegur kerana tiada manusia yang sempurna kat dunia ni.. teguran itu adalah untuk anda sambil mengingati diri mereka sendiri.. 

~renungan bersama~


 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
ya ALLAH, sesungguhnya ISLAM itu mudah.. hanya manusia seperti aku yang menyusahkan yang mudah..

detik untuk aku bergelar isteri semakin hampir.. seminggu lagi aku akan bergelar isteri kepada MOHD FAHD ARIFEE setelah 4 tahun 4 bulan 5 hari memadu kasih.. hehehe...

setelah berkira-kira segala nya.. banyak yang perlu aku pertimbangkan untuk mengurangkan belanja kenduriku.. kerana masalah budget lari disebabkan terpaksa membaiki rumah usangku yang semakin uzur.. maka dengan itu aku terpaksa mengurangkan segala perbelanjaan kenduri ku nanti...

kepada kawan²ku, para jemputanku nanti, aku harap janganlah korang 'bercakap belakang' mengenai kekurangan majlisku nanti.. mungkin majlis aku dan adikku tak semeriah majlis korang nanti..

gmbr kt atas tu aku gune screen_grabber .. agklah terkilan lihat sorang artis ni punyer tweet... selain menunjukkan kejahilan... ianya macam tak patut je.. boleh buat orang lain berfikiran serong.. sepatotnya jika ada kemusykilan, direct bertanya dengan orang yang lebih arif..

ini pandangan akulah.. lagipun, kita sebagai hamba Allah tak sepatutnya mempertikaikan apa yang disuruh oleh-Nya kerana kita sedia maklum Allah Maha Bijaksana.. tak habis dengan kes hukum HUDUD, kes aurat pulak dipertikaikan...

sedarlah wahai kaum lelaki oi.. aurat anda cume dari pusat ke lutut.. itu pun tak mampu ke nak tutup? patutlah perempuan [aku tujukan kan artis ni] lagi susah nak tutup auratnya.. wallahualam~

aku ada copy paste satu perbualan.. tapi aku tataulah ini rekaan atau benar² berlaku.. tapi dari perbualan ini aku rasa pada anda yang teramatlah bijak pasti dapat memahami apa yang cuba disampaikan dari perbualan ini..

"Ustaz mengapa kami kaum wanita kena tutup aurat banyak dan sukar, tapi lelaki sikit aja. Adil ke begitu ustaz?" Tanya seorang wanita yang bertitle PhD dalam bidang ekonomi kepada saya. 

"Dr tahu tak berapa jarak matahari ke bumi? " Tanya saya membalas. 

"Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pulak? Bagaimana soalan saya tadi" Pakar ekonomi ini cuba mengingatkan saya. 

"Cuba Dr bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinchi rapat, apa agaknya akan jadi kat kita?" Soal saya mengajaknya berfikir. 

"Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot, ustaz" katanya. 

"Jadinya, Dr setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak..sudah tentu kita tak boleh hidup di dunia ni, bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dan tumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya" Jelas saya sedikit panjang. 

"Benar ustaz, saya amat bersetuju tentang Allah maha mengetahui dan berkuasa" katanya sambil mengangguk. 

"Jika demikian, mengapa Dr boleh timbul rasa sangsi tentang keadilan dan kebijaksanaan Allah dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini, dan lelaki begitu?" Saya cuba membawa semula kepada topik awalnya. 

"Hmmm, ye tak ye jugak ustaz kan, betul-betul tak patut saya rasa begitu, astahgfirullahah azim " sambil menggeleng kepalanya perlahan.

korang bijaksana tak untuk memahami perbualan kat atas? baguslah kalau bijak.. sape tak paham boleh tanya..  orang ISLAM wajib mengenali ALLAH.. ALLAH maha BIJAKSANA.. dari situ, masih lagikah ada kesangsian? 

bertanya untuk mendapat jawapan atau mencari sebab mengapa kenapa dari mana bagaimana tak salah.. dalam ISLAM kita memang patut sentiasa mencari jawapan bagi persoalan dan kemusykilan.. tapi bertanyalah pada yang pakar.. yang arif tentang sesuatu hal itu..

sekian celoteh terkilanku terhadap artis yang dah jadi bapa.. harap anda tak marah lah ye.. ini untuk kesedaran bersama aja.. agak ramai jugak mempertikaikan.. 


 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
dah berapa hari tak update.. rasa macam dah lama sangat je.. huhu.. agak busy ke? tak kut.. cume tak berkesempatan nak update..

okey la.. kali ni aku nak update tentang layanan yang diberikan oleh peniaga.. bukan nak mengutuk bukan nak memburuk.. cuma aku nak luahkan apa yang terpendam.. apa yang terlihat dan ape yang telah aku alami sendiri lah kan...

aku baru je lepas buat facial treatment.. kali ni aku buat dengan cina.. sebelum ni aku da pernah buat dengan orang melayu, tapi hasilnya, mendukacitakan..

bukan hasil kat muka aje mendukacitakan.. hasil layanan juga tak berapa nak best.. tiada kesungguhan.. tiada keber'ia-ia'an.. hehehe... berlainan ngan rawatan yang dibuat dengan cina.. sangat smooth.. mesra alam.. mesra tangan.. dan sangat mengambil berat..

aku jugak ada buat rawatan kepala/rambut.. sama juga... tapi aku tak pernah lah buat dengan cina sebab sebolehnya elakkan kerana aurat kita dengan orang bukan islam walaupun sama jantina adalah sama dengan aurat dengan lelaki ajnabi.. huhu...
[macam buat facial tak nampak rambut lak aku ni.. hehehe]

pasal aurat tu aku tak tahu sejauh mana kebenarannya sebab aku pun jahil jugak.. tapi bila fikir secara logik, jika mereka menceritakan tentang aurat kita pada bukan muhrim.. dah jadi satu dosa jugak..
[tapi sekarang orang Islam sendiri pon menjaja.. nauzubillah]

berbalik pada topik asal.. hehe.. aku sangat² terkilan tentang cara dan layanan orang melayu ni.. kenapa tak boleh tiru yang positifnya cina tu.. kenapa nak tiru yang negatif aja? isk isk isk..

niat dihati nak membantu sesama melayu.. tapi bila dah boleh memudaratkan diri sendiri.. terpaksalah beralih juga.. aku berharap orang melayu ni cubalah ikut sikap positif kaum cina dalam melayan customer mereka.. walaupun mereka ambil produk yang paling murah.. atau treatment yang paling murah.. layanlah mereka sama taraf kerana mereka juga pelanggan anda.. huhu...

[err.. korang paham ke apa aku nak sampaikan ni.. bile bace balek cm pelik je.. hahaha... nasib la kan.. backspace lupe kat mane.. hahahaa]




 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 

makin aku melayari internet, makin banyak lak aku post kat blog arini.. hehe.. ni aku amek kat facebook je... dari satu page ni.. topik hangat masa kini iaitu tentang hukum HUDUD.

wajarkah? tak wajarkah?
manusia sekarang ni memanglah tak sedar diri.. lupa diri.. islam hadhari? isk isk isk..
kat sini aku just nak nyatakan, kalau korang tak tahu menahu tentang hukum HUDUD ni.. janganlah nak cerita macam tahu sangat... buat malu je kan..

dari segi wajar dengan tak wajar pulak.. jika dah ianya hukum ALLAH, ape plak yang tak wajarnya? apa plak yang tak sesuai nye? memang pelik la manusia ni..

pade pandangan akulah, jika hukum HUDUD tu dilaksanakan, manusia confirm takut punya.. yelah.. kang tak pasal² hilang anggota badan kan?

tapi sekarang, hukuman setakat kau masuk penjara dua tiga bulan.. dapat makan minum tempat tinggal free.. ape ada hal dorang buat lagi.. hehehe.. tol x?

pastu dari segi yang hukum sebat² tuh.. cara ISLAM lebih berperikemanusian berbanding dengan cara hukuman sivil sekarang... betul tak?





sendiri compare.. peace V

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
aku copy paste dari facebook je ni... bukan member facebook pon.. tapi benda camni eloklah share..

oleh Hawa Lawa pada pada 16hb Ogos 2011 pukul 1.38 ptg
BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand ) [ni mmg penggunaan harian kot]
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow [ni dah lama tau dah. dulu guna]
SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi [buat perencah sendiri je]
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ika n buatan Orang Cina
> 3.. Daging Burger Import [sape penah tgok video hancurkan daging taula]
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
> 7. Mee Kering ( sanggol )
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald [er.. uu.. mknn peberetku]
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )
> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum [mmg ak da check code nye]
> 4. Sugus Strawberry [leh plak strawberry je?]
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat [ayah aku suka mkn isi kapsul je]
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir [pakai madu jelah pasni]
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady's Choice Jelly
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA [bra pon ade ke? hehe]
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD [xyah la pakai deodoran pasni]
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING [erk.. semua?]
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND
Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.
TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.
Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!
AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!
Ref. Message: Pringles Potato Chips
Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know......... I have checked.. It's true that the chips contain Emulsifier.
Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.
erk... camner? patot lah hitam je jiwa.. haish~

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori