Memaparkan catatan dengan label tak sah solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tak sah solat. Papar semua catatan

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مِفْتَاحُ الصَّلاَةِ الطُّهُورُ وَتَحْرِيمُهَا التَّكْبِيرُ وَتَحْلِيلُهَا التَّسْلِيمُ

“Pembuka solat adalah taharah (bersuci).
Yang mengharamkan dari hal-hal di luar solat adalah ucapan takbir.
 Sedangkan yang menghalalkannya kembali adalah ucapan salam."
Sesiapa yang tak pakai songkok dalam solat hukum solatnya sah. Tetapi kalau pakai songkok dalam solat hukum solatnya tak sah. 

mesti anda tertanya-tanya "MENGAPA?"
tak kurang jugak pasti ada yang terdetik "MENGARUT!"
mungkin juga ada yang terfikir "MELAWAK JE KUT ENTRY NI"

seperti yang kita semua sedia maklum. sebelum bersolat, kita wajib memastikan diri kita suci dari hadas kecil dan hadas besar. itu adalah SYARAT SAH SOLAT. SUCI!

bagaimana pula dengan kaum Adam yang gemar mengenakan SONGKOK untuk bersolat? 
sudah tentulah TAK SAH SOLAT nya.

cuba anda menjawab persoalan di bawah.

pernah kah anda membasuh songkok anda?
berapa kalikah anda membasuh songkok anda?
bolehkah songkok anda dibasuh seperti mana anda membasuh pakaian anda menggunakan mesin basuh or menggunakan tangan dengan memberus bersertakan sabun?

ha.. aku dah boleh agk ape jwpn yang anda berikan. setahu akulah, songkok ni tak pernah dibasuh jika dilihat pada sejarah pemakainya. kerana materialnya adalah dari bahan yang tak boleh dibasuh.

jika dimasukkan ke dalam mesin basuh, pastilah songkok dah tak ada rupa songkok. baldunya pulak pastilah rosak. so, biasanya songkok tak pernah dibasuh sejak dibeli.

apabila songkok tidak pernah dibasuh, cuba fikirkan dimana letaknya kesucian songkok itu? takkan lah si pemakai asyik nak beli songkok baru tiap kali nak solat kan? 

oleh itu, cubalah anda fikirkan dan renungkan sendiri. fikir menggunakan logik akal. SUCI dari hadas kecil dan besar adalah SYARAT SAH SOLAT. jika tidak suci, maka tidak sahlah solat anda.

-diolah dari notes ayah saya Imam Masjid Terapong-



 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori