Memaparkan catatan dengan label merdeka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label merdeka. Papar semua catatan
sayyidatina fatimah r.a :
yang lebih baik bagi wanita ialah mereka yang tidak melihat lelaki dan tidak dilihat lelaki..

"kenapa wanita pada hari ini suka menonjolkan diri untuk tarik perhatian lelaki??bangkitlah wahai kaum hawa..ingatlah bahawa kalian adalah fitnah dunia..oleh itu,pelihara lah dirimu sebaiknya..buka mata,buka akal..sedarlah bahawa keadaan wanita pada hari ini sangat2 tenat..ayuh sama2 mantapkan ilmu agama agar ia dapat membentengi dirimu dari menjadi wanita yang durjana...."


ayat di atas aku amek dari satu group kat fb.
korang ade terasa ape² tak dr ayat di atas?
ha... ak pon same jugak. kdg² tayang gmbor comel..
hak hak hak...

ok la.. ak cube kurangkan.. tp mmg da lame
ak tak tayang gmbor ak yg comel kt fb
skrg boh gmbr² katun je.. hehehe..
tetap comel oke..

cmner plak letak gmbor org lain..
cth gmbr artis yg x menutup aurat?
kite tetap dapat saham nyah!
yelah... dah kite letak gmbr artis seksi..
jantan² lak pi cuci mate kt page kite kan..
ha.. ko amek la sket saham dose..
bg modal kt dorang kan buat dose..

[aku pon suke letak gmbr scarlet johannsson yg ngancam tuh]

maka di sini kalo bley elakkan la yer..
**peringatan ntok diri sendiri jugak.. hehehe

*****************************************************

ni ade tambahan sket..
ak saje jela nk bagi peringatan pade gadis²
yang rajin betol on9 ni kan.. x kire la
twitter ke.. fb ke..

demi keselamatan korang..
janganlah korang :-

1. visible kan phone number or address
sebabnye, disebabkan korang terlalu cntek or comel
nnti hidup korang x tenang.. org ganggu ke..
tetibe muncul kt umah ke kan..
sdgkn ko x kenal org tu..

2. jgn la letak pic yang dedah mendedah sgt [even korang mmg seksi abeh]
sebabnye, kalo jenis laki psycho ni yg da berkenan kt korang
ha.. dorang akan carik korang smpai dpt
ak tatau..
kan ke ade kes pompuan kene bunuh tu..

3. janganlah update status bgtau korang dok umah sensorang
(lelagi awek yg cun² n seksi tuh)
bygkan korang tak perasan alamt umah korg visible
kt fb.. ha.. kalo ade perogol bersiri tgh on9
perasan korang sensorang
x ke mcm bg chance je kt dorang.. ye x??

4. ni paling x sepatotnye.. lg² bg yg da kawen..
janganlah korang update status yg membuatkan org boleh agk
umahtagge korang tgh menggelegak...
x kire la suami isteri ke.. pakwe makwe ke.. tunang-tunangan ke..
**ak pon time memude cmni.. bile pikior balek
cm bodoh je gtau org.. hahaha**
yg ni bukan ape.. kalo korg ni yg da ade ikatan,
kebetulan ade secret admirer ke.. kekasih lama ke..
cucuk korang.. kacau daun.. x ke punah ranah nnti
betol x??

hurm.. sekian saje la arini..
emosional lak ak arini..
japgi nak pi kursus kawen ni.. disebabkan ak sorang²
sebab tunang ak da ade sijil kursus kahwin tu
ak pon mengajak lah adik ak sebagai teman...
sekali je seumur hidup.. korang baru abeh skolah
kot tade mende nak buat.. korang gi je amek
kursus kawen sesiap.. senang nnti..
hehehe...

salam, ramadhan yang ke - 20
x lupa juga salam merdeka ke - 54

semoga MALAYSIA berubah menjadi negara ISLAM cth..
name je ISLAM agama rasmi..
pemimpim sendiri x ekot cara ISLAM
cmne?



 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
sedarkah anda semua kita sekarang berada di bulan kemerdekaan?? rasanya ramai tidak sedar kerana kita juga sedang menyambut bulan ramadhan. betul x?? betul kita perlu menghormati Ramadhan, tapi kita tak sepatutnya melupakan bulan kemerdekaan kita juga. kita perlu menghargai jasa-jasa orang² yang telah memerdekakan negara kita. kita perlu mengenang jasa mereka semua. kita tidak patut lupa. bulan ramadhan bukanlah alasan untuk kita melupakan bulan kemerdekaan... berbanggalah kita menjadi anak MALAYSIA dengan mengingati hari kemerdekaan negara kita dan kenang lah jasa² mereka yang bersusah payah melepaskan negara MALAYSIA dari penjajah.



ini ada sedikit cerita yang saya ambil dari  http://www.malaysiamerdeka.gov.my/index_bm.php

hayatilah ye kawan² =)
SmileyCentral.com

Suara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni.


Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara.


Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak kaum Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta menjejaskan institusi dan fungsi Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan Inggeris memperkenalkan Malayan Union mendapat tentangan hebat seluruh orang Melayu termasuk Majlis Raja-Raja. Datuk Onn telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan En. Zainal Abidin (Za’ba) ditubuhkan.


Kongres bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang akan dibentangkan dalam kongres akan datang. Dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 di Johor Bharu Dato’ Onn Jaafar mengumumkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. penubuhan ini bertujuan untuk memperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan berdaulat, memajukan dan memelihara kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaya  dan memelihara dan mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu.


Penentangan mereka berjaya mengubah Malayan Union kepada Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 yang mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan. Perjuangan orang Melayu berjaya membentuk Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9 buah negeri Melayu iaitu Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Ia diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif dan dibantu serta dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.


Kedudukan Majlis Raja-Raja berjaya diletakkan pada tempat yang lebih baik yang antara lain berfungsi menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar-dasar yang akan dilaksanakan di Persekutuan Tanah Melayu. Jawatan Residen diganti oleh seorang Menteri Besar. Sementara syarat-syarat kerakyatan diperketatkan melalui kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara permohonan.


Selangkah orang Melayu terus mara dengan kesatuan yang bulat untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. UMNO dipimpin oleh ramai tokoh yang terbilang seperti Datuk Onn Jaafar, Tun Abdul Razak, Ghaffar Baba, Dr. Ismail, Aziz Ishak, Sardon Jubir dan sebagainya untuk menyusuri jalan kemerdekaan. Pelantikan Tunku Abdul Rahman Putra menggantikan Dato’ Onn Jaafar yang meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO pada 26 Ogos 1951 nyata membuka lembaran baru dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.


Ternyata perjuangan berabad lamanya orang Melayu bermula sejak kejatuhan Kerajaan Melaka, orang Melayu bersama sultan atau pemimpin tempatan sentiasa cuba mengembalikan maruah bangsa dan negara. Perjuangan mereka dimulai secara perang gerila sebagaimana dirintis oleh bekas kesultanan Melaka (1511) dan kesultanan Johor, Raja Haji (1782), Dol Said (1831), Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor (1875), Datuk Bahaman, Mat Kilau (1891), Tok Janggut (1914), Haji Abdul Rahman Limbong (1928), Datu Mat Salleh (1894), Sharif Mashahor (1860), Rentap (1853) dan sebagainya.


Bentuk perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan pada sekitar awal 1900 mula digerakkan oleh golongan agama seperti Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, pergerakan Hizbul Muslimin, pondok agama Gunung Semanggol,  begitu juga peranan Syeikh Abdullah Fahim, guru agama di Kepala Batas pada tahun-tahun 1930-an dan guru-guru Melayu khususnya dari Sultan Idris Training College.


Selepas itu, bentuk perjuangan berubah menggunakan tinta dan mata pena. Mereka daripada kalangan novelis, cerpenis, penyajak dan wartawan Melayu khususnya daipada Utusan Melayu banyak memberikan pendedahan mengenai perjuangan membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan. Antara pelopornya ialah Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), A. Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Mohamad, Ahmad Boestamam, Usman Awang, Shahnon Ahmad dan ramai lagi hingga sebahagian daripada mereka menjadi buruan Inggeris dan dipenjarakan. Sesungguhnya apabila kita menyusuri akar perjuangan kemerdekaan, ternyata ia telah banyak menumpahkan keringat, darah dan air mata.

kisah selanjutnya.. layari.. http://www.malaysiamerdeka.gov.my/index_bm.php


MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!


Photobucket