Memaparkan catatan dengan label personal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label personal. Papar semua catatan
fuuh.... fuuh... [tetiup sawang yang ade].. berzaman da x bukak belog ni.. kalo x update pon bukan orang kisah. betul tak? [betoooolll...!!!] isk.. mekaseh byk la kan..

punca aku tak update sebab malas kot.. walaupun banyak cerita nak di kongsi.. aku tetap malas.. penyakit malas semakin menjadi-jadi sejak aku pregnant. waahhh... aku dah pregnant okeh.. 5 bulan lebey suda.. lagipon kat opis susah nak layan belog ni.. fb boleh plak layan kan..

tak pe la.. akhirnya aku update jugak.. harap kembali ceria la belog ni kan..

disebabkan aku amek mc harini, tu aku merajinkan diri untuk mengupdate belog ni.. tak tahan dah sebenarnye nak kerja.. tapi kalau x kerja sape pulak nak tolong hubby cari duit.. zaman sekarang semua nak pakai duit..

tak tahan ngan kerja bukan bermaksud kerjanya susah... aku yang susah nak kerja sebab asyik saket je.. duduk seharian kat ofis tu terasa mcm terseksa je sb kalo dtg saket, bukan dapat baring.. xkan nak bawak tilam gi ofis plak kan? bukan ade tempat nak letak pon.. opis macam bengkel.. sape penah g kedai signboard tau la keadaan kedai tu camne..

bunyi mesin potong acrylic ngan besi tu cukop lah membingitkan telinga aku.. dah la saket kepala menahan saket pinggang.. kuar pulak bunyi2 ngilu macam tu.. memang saket bertambah la.. tu sebab aku cakap tak tahan..

so far, kerja aku sebagai designer okey je.. no pressure.. time aku lom pregnant aku x kisah langsung pon bunyi bingit tu.. tp since dah pregnant ni.. bunyi dia mcm sangat ngilu..

aku memang bersyukur sangat kalau budak² kat luar ofis buat kerja luar.. sb dah tentu sunyi sepi je kat luar.. time macam tu jela aku rase tenang kat ofis.. hehehe..


 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
Beberapa hari lagi peperiksaan SPM akan tiba. Aku tiada langsung semangat untuk mengulangkaji pelajaran. Jari-jemariku rancak bermain dengan butang di telefon bimbitku. Membalas pesanan ringkas dari rakan-rakanku yang turut sama tiada hati untuk mengulangkaji.

Salah seorang yang bermain pesanan ringkas dengaku adalah DIA. Kawanku telah memberi nombor telefonku kepadanya. Kononnya untuk menambah kenalan. Tetapi sebenarnya si DIA kaki perempuan. Jika boleh semua perempuan cantik hendak dijadikan kawan. 

Bukanlah hendak memuji diri sendiri. Sebabnya aku dan DIA tak pernah berjumpa. Hanya berkawan melalui pesanan ringkas (SMS). Aku tidak ingat pula jika kami pernah berbual. Tapi agak kerap juga kami ber'SMS'. Pagi, petang, siang, malam. Bila difikirkan balik, macam orang bercinta pula. Tapi tidak, kami tak bercinta. Hanya kawan. Kerana ketika itu aku sudah berpunya.

Masa berlalu. Aku dan DIA semakin jarang berhubung. Mungkin setelah selesai peperiksaan SPM, kami lebih membuat hal masing-masing. Bekerja. Kemudian aku sambung belajar. 

Ketika memasuki semester 3, aku yang sedang menghadapi konflik dengan kekasih mengajak rakanku untuk berjalan-jalan ke Kuala Lumpur. Kami menuju ke KLCC. Aku dan kawan masing-masing mengajak orang lain untuk bertemu di KLCC. 

DIA menjadi orang yang pertama terlintas di fikiran untuk aku ajak bersama untuk berjumpa. Mungkin kerana kami tidak pernah berjumpa, maka aku teringin sangat untuk berjumpa dengannya.

Aku bertuah kerana dia bersetuju untuk berjumpa. Tak sangka pula dia bersetuju. Aku masih ingat saat aku turun dari eskelator, dia sedang menantiku di hadapan eskelator sambil bersandar pada kekisi bulatan di tgh KLCC itu. 

Berbaju sweater putih, berambut agak panjang dengan wajah yang tiada senyuman. Telefon di tangan serta merta di simpan ke dalam poket. 

Kami berjalan bertiga melewati kedai-kedai di dalam KLCC. Tiba-tiba rakanku meminta diri untuk menjemput teman yang di ajak untuk berjumpa. Tinggallah kami berdua. DIA membawa aku ke food court untuk menjamu selera. 

Nasi ayam dan 100plus menjadi menu pilihan. DIA belanja. Tiba-tiba aku terlihat kelibat kawanku seperti mencari-cariku. Aku cuba melambai, tetapi tidak disedarinya. Dengan selamba DIA mengatakan kawanku tadi ada lalu disebelahnya. Tetapi dia sengaja tidak mempedulikan kerana ingin berdua denganku. 

Aku ketawa lucu. Geli hati pula dengan sikap DIA. Setiap butir bicara yang keluar darinya tanpa sebarang senyuman. DIA sangat susah untuk senyum. Hingga saat ketika rakanku akhirnya berjumpa denganku berserta wajah keletihan mencariku. Aku hanya ketawa bersendirian diiringi keluh kesah kawanku. Kasihan..



 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
Saatku berjalan bersama teman-temanku melintasi kedai-kedai yang berderet sambil berbual dan ketawa mesra, terlihat olehku kelibat seseorang yang amat ku kenali suatu ketika dahulu.

Berkulit hitam manis. Bermata besar dan kuyu seperti tidak cukup tidur. Berbibir merah walau ku tahu dia seorang perokok. Berambut panjang berombak.

Saatku terbayangkan bentuk fizikalnya yang pernah bertakhta di hatiku, dia menegurku. Lalu turut serta bersamaku dan teman-temanku berjalan.

Tanpa ku sedari, hanya tinggal kami berdua. Tiada apa yang kami bualkan. Sekadar berjalan seiringan. Kelu lidah untuk masing-masing bersuara. Debaran hatiku mula tak menentu.

Ah.. Aku hampir lupa aku sudah berumahtangga. Dia tenang ketika aku memberitahu aku sudah berumahtangga. Tetapi aku tidak mampu untuk mengusir kenangan indah kami. Aku sengaja membiarkan diriku hanyut bersamanya.

Walau hanya berjalan seiringan. Aku terasa amat bahagia. Tidak pernah aku bahagia seperti ini. Umpama apa yang pernah aku impikan dahulu menjadi kenyataan.

Bahagia bahagia bahagia . . . biarlah saat ini tidak berlalu pergi. Aku tidak mahu menghadapi hari mendatang tanpanya di sisi. Biarlah kami hanya diam membisu seribu bahasa. Asalkan dia berada di sisiku seperti saat ini.

--mimpiku malam semalam. hubbyku jadi ex-boyfriend aku--
--tapi kebahagiaan tu benar-benar aku rasa sampai aku bangun tidur. tak lepas aku tatap wajah hubby sambil ketawa dan cerita kat hubby tentang mimpi aku--
--da berapa hari kena tinggal. asyik tidur sorang-sorang. sebab tu mimpi macam tu kot--
hehehehehehehehe

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
►i wrote this post while i'm watching har dil jo pyar karega◄
►(one of my fav hindi movie)◄

once upon a time . . me , my hubby and my besties went to UPTOWN at Danau Kota . . we r just do a window shopping.. look at uptown girls and boys..

chewah.. speaking kunon! namo gelak kan tau.. aku tau aku tak bagus [x pandai] bahasa inggeris ni.. lelagi dah lama tinggal belajar .. tak pernah nak gunakan pulak tu bahasa inggeris.. lagi la hancus kan..

moral of the stroty story, belajar biar sampai pandai. hahaha...

sebenarnya nak berkisah pasal malam tu aja.. kitorang jalan², pastuh gi makan.. hubby ku yang tak makan sejak balik kerja memang dah kelaparan.. so, kitorang pon pergilah kedai makan biasa.. 

kalau gi uptown.. mesti nak makan kat kedai tuh.. western food dia sedap and harga berbaloi lah.. nyumm.. taip² ni tetibe terliur la plak.. teringat beef steak yang aku makan kelmarin..

kedainya dekat tgh² uptown tu.. dekat dengan tmpat karaoke tu.. kire berdepan dengan shell.. name kedai lupe la plak.. ingat nak amik gambar kedai.. tapi terlupa.. WESTERN FOOD kot name kedai.. yang penting ade western la.. hahaha...

di sini saya sertakan sekali beberapa 'helai' gambar untuk tatapan anda semua.

besties dengan chicken grill nya..

hubby dengan bihun tomyam nya (order kedai sebelah. tak sedap katenye)

aku dengan beef steak nya . . 

ARGHHH!!!! kelaparan aku jadinya tengok gambar

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 

AKU BENCI PENIPU!

..sekian..

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
sejak kahwin, baru berapa kali aja dating. sob sob sob . . . nak dating!!! dari zaman bercinta, susah benor nak dating.. aku jenis suka keluar jenjalan.. tak pyh tgok wayang, main boling, makan kat restoran pon tak apa.. janji berjalan-jalan.. jenjalan kat taman ke.. soping kompleks ke.. ta kisah lah!

tapi... hubby cakap, mana boleh jalan² x gune duit.. minyak kereta duit.. minyak motor pon duit.. 

camtu kite jalan² pusing kampung jela.. takkan tak boleh? sob sob sob..

sedey tau.. sedey sangat... tak dapat jenjalan... hubby keje sampai malam.. sabtu pon keje.. 

"Abang cari duit untuk sayang jugak," ujar hubby.

ye.. sayang tawu.. tapi sayang bosan dudok rumah.. nak jenjalan...!! kawan? hurm... ade kawan sayang tu macam da tanak je kuar ngan sayang sebab da kahwin... takkan dah kawin x leh berkawan kan?

kawan², jom jalan² nak?

"Belom gaji la.. tak ada sen.. ko blanje la eh?" ayat biase dari kawan². 

ni lah bahana kalo tak bekerja.. terperap kat umah cam orang giler.. hahaha.. aku dah la berhutang ngan member.. tunggu ye aku dapat kolek duet banyak sket.. aku ngat nak belanje korang makan kat Naili's Restoran la.. sedap gak makan kat sane.. nak x? hehehehe..

tapi kalo xde gak.. aku blnjer korang makan kat danau jela.. western ye.. hehehe

hubby aku ni kalo dah bace paper.. x layan SMS aku langsung kan.. (sambil dok picit² button enpon.. tengok xde balasan gk.. cit)

#aptb

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
Assalamualaikum dan selamat petang semua..
chewah.. pembuka kata yang sangat sopan nampaknya kali ini.. hehehehe... sebenarnya aku tak tahu nak taip apa. tapi jari aku tak mahu duduk diam la pulak. so, dengan slumber yaya.. aku ingin berkongsi tentang diri aku sendiri.. boleh ke? hehehe..

nak buat biodata la.. teringat zaman kanak² dulu suka buat bioadata kan kan? dengan pen warna warni nya, dok pusing satu sekolah cari kawan² suh buat biodata.. pastu tukar² buku tu.. kau buat dalam buku aku, aku buat dalam buku kau.. tapi sekarang, ntah mane lah buku² tu kan.. jenis manusia cam aku yang tak pandai simpan barang, memang tak nampak bayang lah.

tentang dayan

name betul Nordiana bt Nordin. name panggilan Dayan, Nadia, Diana, Nana, dan Nad. name samaran plak Selipar Hijau dan Elyana Marsdianadia

dilahirkan di Hospital Besar Seremban, Negeri Sembilan pada 13 Januari 1988 pada jam 12.26 am. kat wad berapa katil berapa aku pun tatau la kan.. hehehe.. ummi aku pon tak ingat. inikan pulak aku. 

aku bersekolah di Taman Selayang since 7 tahun.. SK 1 Taman Selayang. Sekolah menenga plak SMK Taman Selayang.. then aku sambung belajar kat Kolej Unikop dalam bidang Sains Komputer.. pastu sambung kat Unisel, 1 sem aje.. sambung plak kat Unimas 2 bulan aje.. hahaha.. kalo aku tau jadi camtuh, aku abehkan ajer study kat Unisel..

tapi mungkin ada hikmahnya.. dapat kahwin awal! hahaaa.. gatai tol!

dulu time kekecik.. cita² nak jadi doktor la.. polis la.. cikgu la.. da besar ni.. tak pandang da sume tu. ngat senang ke jadi sume tu.. dah la gomen aje.. susah kot nak dapat.. lagipon dah besar, minat aku lebih cenderung kepada design.. walaupun aku tak pro, tapi boleh lah buat cari makan..

btw, aku kerja sendiri jer.. partner sket la ngan member.. amek upah sket.. heehhehe.. senang.. xde opis hour.. jenis manusia yang selalu saket macam aku ni senang la.. wat kerja dari rumah aje..

aku pon da tatau nak taip aper.. nanti² aku sambung ye.. hehehe... 



 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori