rumah baru ~ ♥

by Khamis, April 24, 2014 4 orang dah meluah perasaan

inilah rumah sewa baruku.. insya'Allah akan kami huni rumah ini sampai dapat membeli rumah sendiri. Alhamdulillah walau pon hanya dua bilik, tapi bagiku cukup luas untuk kami 3 beranak (lagi 2 bulan 4 beranak) hidup dengan selesa.. 

rumah kami atas kedai runcit, kedai makan juga butik. senang tak senang lah kan. tapi tak bestnya kedai runcit ni tak jual barang basah.. so, kene pergi kedai jauh sikit untuk beli barang basah. nak buat stok, peti ais kecik je..


ni rupa lepas di kemas dan disalin lantainya.. cantik tak? hihi.. satu roll tu cukup² untuk satu rumah.. hurm.. penatnye mengemas rumah baru ni Nauzubillah.. yang pernah rasa pindah randah je akan faham. aku cukup kasihan dengan encik suami sebabnya kebanyakannya dia kena buat sendiri. nasib baiklah keluarga dekat untuk datang membantu, nampak ummi aku kat gambar pertama tu. hehe.. 

tak lupa jugak kawanku yang seorang si shahrulhapizi datang membantu. yelah, nak angkat barang berat mana lah larat kudrat orang tua. hihi.. lapang je tengok rumah ni..



antara perabot baru.. meja makan 4 kerusi dengan almari pakaian kak mawar, beli sesiap sebab lepas ni nak tambah dengan barang² adik pulak. almari kak mawar ni walid dengan bonde buat as iron board. haha... senang 2 in 1. walid la tak nak barang banyak2 sangat dalam rumah.. RM600 dua barang ni.. Alhamdulillah, itu yang kami mampu.. 


kak mawar seronok lepas tolong bonde menyapu rumah. haha.. hampir sebulan duduk kat rumah ni, banyak jugak list nak kene tambah untuk barang rumah.. perlahan-lahan bak kata orang, satu persatu ikut priority

antara barang keperluan yang perlu ditambah :-

1. Rak pinggan mangkuk aka tempat simpan barang kering
2. Kain langsir tingkap / pintu (tinggal jahit je sbnrnye)
3. Mixer
4. Oven
5. Sofa

antara yang perlu diubahsuai / ganti :-

1. pintu bilik air
2. lampu dapur
3. shower

tu jelah yang terlintas sekarang.. aku cadang nak buat macam para tu je.. ok jugak.. save ruang kan.. nanti lah update lagi.. hihi..

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 

dayan punyer

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

4 orang dah meluah perasaan:

Eyesha Zaidin berkata...

yeay, dapat rumah sewa baru,ku tak tau lagi nak pindh atau tak.yela tak lama lagi nak masuk 2..hehehe..ya memng penat...samala macmku pilih tikar getah warna ni dan seakan parkir =) pelan-pelan tambah barang ea.macam aku ni pun bli sikit-sikit.

Eyesha Zaidin berkata...

yeay, dapat rumah sewa baru,ku tak tau lagi nak pindh atau tak.yela tak lama lagi nak masuk 2..hehehe..ya memng penat...samala macmku pilih tikar getah warna ni dan seakan parkir =) pelan-pelan tambah barang ea.macam aku ni pun bli sikit-sikit.

dayan punyer berkata...

kalo nak pindah.. dari skrg lah.. nanti lagi susah dah ade 2 anak.. hihi.. ni pon fahd banyak wat sendiri jer.. sian dia..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wrb. Cantik design tikar getah tu. Beli kat mana ya?