Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan
Alhamdulillah last check up selasa baru ni, semua ok. baby pon dah pusingkan kepala ke bawah. lega rasanya. semoga baby terus stay kan kepala kat bawah ye?

tapi pagi tadi bonde terasa macam perot belah bawah dipijak², xkan baby gi pusing pulak.. tangan baby kot ye? nak buat break dance.. hahaha.. nakal baby ni kan.. maybe sebab mabuk kot bonde minom coke semalam.. hahaa.. jahat bonde kan.. tapi teringin sgt la.. nnti time pantang mmg langsung x boleh.. so, sebelom baby kuar ape bonde rase nak makan, minum, bonde telan dulu ye.. hehehe...

ni aku tengah merajuk ni.. ngan chenta hati lah terutamanye.. tatau nape touching sgt.. semalam ajak pergi nsk nak beli barang dapor.. maklumla terasa badan sihat kan.. nak la pergi beli.. barang dapor byk da abeh.. ummie malas nak kuar sb ngantok x dpt2 tidor lagi.. adik pon same.. mmg malas! nyesal bwk die kuar siang td.. bukan nk tolong kite plak malam nye.. pastu yang laki plak buat bodoh je.. isk.. mmg toucing giler la smlm.. 

main game boleh.. ajak gi beli barang dapor x boleh.. memang sedey betol.. mintak tolong bersihkan sisa makan kucing kat luar rumah pon da 3 hari x buat², last² aku jgk kene buat sendiri.. lalat hurung banyak tau x? konon x bg aku buat sb aku tgh x sihat.. tp x nak tolong pon bersihkan...

yang sebenarnye aku teringin nak makan biskot batik.. aku nak buat lah harini.. sb tu beria ajak die g nsk mlm td.. tp boleh die bantai tidor lepas main game.. mmg panas hati betol! bile kejot die ckp ok nk siap.. tp bile aku masok balek bilik die tidor lagi.. mmg x la aku kejot da. pagi td pon aku boo layan je.. g la keje sendiri ye.. malas nak layan.. kang kalo mate bertentang mate.. mulot kompom xnak tutop.. so, dari ternak byk dosa.. baik aku buat bodoh je.. pas solat subuh aku baring konon tdo balek.. hahaha..

dah lame dah pon x merajok and touching ni.. tp mmg serious walau nmpak mcm hal kecik je smlm.. tp jiwa ni betol2 terguris.. touching sungguh.. sb pembawakan kot.. hahaha.. dah.. arini malas nak layan die.. biar kan aje die.. merajok kaw kaw burger punyer.. keh keh keh~

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
macam hari-hari biasa, aku tak boleh nak lelap bile waktu tidur tiba. amnesia insomnia kah aku? isk isk isk... minggu ni hubby aku asyik tidur sorang² aja sebab aku tak boleh nak tido.

aku start puasa dari hari Khamis .. sekali la untuk ganti + sunat + diet .. tapi sebenarnya yang diet ganti tu lah yang penting..

disebabkan aku tak boleh tidur.. duit pon da semakin berkurang.. maka dengan itu aku pon memujuk hubby ku untuk membawa bekal ke tempat kerja.. 

so, semalam aku masakkan ayam masak kicap.. sumpah tak sedap aku masak semalam! sebab guna kicap tak gune.. cis! tade rase hape! rase kelat je.. so lepas aku mkn untuk sahur tu, aku repair la balek.. baru la ade rase.. hahaha..

pastu kes masak sayur pon satu hal! layu giler kobis aku.. kesnye tgh masak cari garam x jumpa.. sayur atas dapur aku biar je dengan api x tutup. memang layu abeh la sayur aku.. kusuk sgt carik garam tak jumpa.. rupa-rupanya ada depan mata je.. Ya Allah.. macam mana boleh tak nampak?
hurm.. kalau Allah nak tutup mata kita.. apa lah yang boleh kita buat kan?
nasib baiklah hubby aku ni bab makan sume di bedalnye.. licin licau je.. *tataulah kalau dia buang lak kan .. tapi x mungkin.. hehehe..

hari ni menu ayam sambal, sawi ngan telur.. today masakan okay.. haha.. tp umi aku tolong repairkan sambal aku.. hehehe.. kurang minyak katenye... aku bukan apa.. konon xnak la minyak banyak kan.. kolesterol tinggi.. hahaha.. *dan dan je kan kolesterol tinggi .. sbnrnye mmg x reti!


eh.. sebenarnya aku nak cerita tentang semalam.. hahaha.. aku yang teringin sangat mengidam sangat *dah teringin mengidam pula nk makan takoyaki akhirnya dapat gak lah makan.. aku mintak hubby bawak aku gi Alpha Angel.. korang tau ke? Jaya Jusco kat Wangsa Maju.. hehehe..



aku mintak octopus 1 set dengan prawn 1 set.. nyummy.. sedap dowh!

kat mana lagi ada jual takoyaki ni ek selain kat J.J? aku tau kat J.J je yang ada.. kalo korang tau kat mana ada.. bagitau lah ye.. hehehe..

 wajah lapar tunggu waktu berbuka.. tapi sempat lagi posing.. macam cina muallaf x? hahaha

 hubby aku yang langsung takde sifat perikemanusian.. boleh dia makan je terus depan aku.. hahaa..

pastu aku ada beli seluar jeans selai.. argh~ gemok sgt da aku.. size 36 kau..! hahaha.. 

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
sempena bulan FEBRUARY yang sinonim dengan bulan KASIH SAYANG kononnya.. inginlah hamba menge'paste' sesuatu yang berkenaan mengapa jatuhnya hukum HARAM bagi umat ISLAM menyambut / meraikan hari kekasih ini yang jatuh pada 14 Februari pada setiap tahun. Sama-sama lah kita baca dan kongsikan pada rakan-rakan sekalian.

♥♥♥hari-hari aku sayang♥♥♥

TIBANYA 14 Februari tidak lengkap tanpa peringatan supaya umat Islam tidak menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day yang sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat khususnya generasi muda sekarang.
Ada berpendapat usah dibangkitkan isu itu kerana hanya akan menjadi pencetus kepada amalan bercanggah dengan syariat Islam. Namun, ada baiknya dibincangkan perkara ini sebagai peringatan kepada mereka yang sudah memasang niat untuk meraikannya.
Malah, ia sebagai penjelasan kerana ada yang cuba menghalalkan sambutan Hari Kekasih ini supaya perancangan meraikannya tidak dipandang serong dengan pendapat, ia adalah hari untuk menterjemahkan perasaan kasih sayang bukan saja kepada kekasih, malah juga keluarga serta sahabat handai.
Hakikatnya, apa juga alasan diberikan untuk membolehkan Hari Kekasih disambut terutama oleh golongan muda Islam, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:
“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”
Buku Elak Sambut Valentine’s Day terbitan JAKIM membincangkan secara lanjut alasan mengapa umat Islam dinasihatkan supaya tidak meraikan hari yang mengambil sempena nama paderi besar Kristian Saint Valentine.
Berdasarkan fakta dalam buku itu, bagi merungkaikan isu kenapa umat Islam perlu elak menyambut Hari Kekasih, ialah dengan mendalami dan memahami apakah maksud Valentine itu sendiri serta asal usul ia menjadi sebuah perayaan.
Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History of First Name).
Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.
Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.
Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom.
Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.
Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.
Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.
Pendapat ketiga pula menyatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope.
Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.
Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.
Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine adalah perayaan keagamaan yang disambut orang Kristian. Malah jika merujuk kepada kenyataan pihak Kristian hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual dalam agama Kristian.
Laman web Spiritrestoration.org : The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah tajuk Pengertian Hari-Hari Suci Keagamaan – indeks Saint Valentine’s Day menyebut: Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian. St Valentine adalah syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di Amerika Syarikat sebagai perayaan cinta di zaman sekular.
Termaktub dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa juga versi berkenaan dengan St Valentine, kesemua mereka dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut: ’sekurang-kurangnya ada tiga orang St Valentine yang berbeza, semua mereka adalah syahid, ia disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.’
Berdasarkan fakta itu, jelas sekali Hari Valentine adalah perayaan yang menjadi amalan ritual agama Kristian. Ini sekali gus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih lagi dalam soal membabitkan akidah Islam.
Islam sangat prihatin serta menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti tersendiri dan berbeza dengan umat lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain.
Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan amalan ibadat agamanya dengan akidah dan ibadat agama lain.
Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)
Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal bersifat individu seperti dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariat Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
+ Artikel asal dari: http://nurjeehan.hadithuna.com
♥♥♥hari-hari aku sayang♥♥♥

so, hambe harap rakan² sume paham lah hendaknya mengapa, kenapa kan kan? harap terjawablah kan kan? 

tapi kalo nak beli barang jenama Valentino buleh kot.. erk.. Hush Puppies plak camner eh? kompius lah!!


 ►jumpa lak kartun ni◄

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
lambat betol aku update pasal jenjalan time cuti arituh.. hahaha.. asyik lupa aja nak transfer dari handphone hubby aku.. hehehe...

hari wilayah lepas aku berjalan-jalan dengan hubby setelah lama tak berjalan.. kami pergi KLCC je.. walaupun laki aku dah muak dengan KLCC sebab dia kerja sane.. tapi aku peduli apa kan? lame dah tak masuk KLCC tu..

memule masuk aku cam jakun sket la.. pulak tu masuk² nampak CANDYLICIOUS yang comey² cute mute tu.. 
sebijik lah cam gambar di atas.. tapi gambar di atas aku google je.. sebab xcited sangat smpai lupa nak snap picture.. hahaha...

afak banyak gak la perubahan yang dah berlaku.. sejak bila KFC 'hilang' kat bawah tu? aku pon tatau la kan.. tanya laki aku pon dia cakap tatau.. 

yela dia bukan jaga gedung membeli-belah ni.. dia jaga bangunan KLCC yang kembar tu je.. hahaha.. okeh fine..

korang nampak tak aku? aish~ same la purple ngan background kan

korang jangan nak terpikat ngan senyuman hubby aku eh.. aku geget kang telinga korang!

bila dah jalan² maka lapar lah kan? memang tak sah la berjalan kalau tak singgah makan. kitorang pon pergilah meluru sambil melulu [bley ke gune pakai ayat camni?] ke food court yang tgkat atas punya.. bukan yg kat bawah TGV tu.. yang lagi satu punya la.. aku pon tatau la kan nak sebut nama specifik nye.. hehehe..


pusing punya pusing.. aku tertarik lah plak ngan menu kat HOUSE OF BENTO ni.. alang² x pernah coba.. aku pon teringinlah mencoba.. harga pon boleh lah tahan kan.. [harga KLCC kene paham]

eh.. sempat pulak aku snap picture kan.. budget kurus lah kan.. [angle kene betul]

ha.. inilah menu aku.. bento Terriyaki Chicken.. nyum nyum . . sedap dowh! macam nak lagi je.. 

ni set nya.. teh cina kot tanpa gula dengan sup rumpai laut.. memang adelah rumpainya kan.. nyum nyum.. [motif sos ade kat situ tak diketahui]

ni laki aku tolong habehkan.. biasalah aku ni.. walaupun tak kecik.. tapi makan mmg susah nak habeh.. hehehe..

eh.. laki aku makan apa??  
ha.. tulah.. dah licin mangkuk die baru nak amek gambar.. hahaha.. menu die ramen ape ntah.. pelik je bunyi nye.. tapi aku rase macam makan maggi tomyam.. tapi sedap lah.. hahaha.. kire berbaloi la..

setelah kenyang melantak.. kitorang pon sambung berjalan-jalan.. 

aku baru perasan, aku kalau berjalan aku suka sangat masuk kedai kasut. serius ni aku baru je perasan time aku menaip ni.. banyak² kedai, kedai kasut jadi pilihan aku.. lama jugak lah aku boleh pusing² dalam kedai kasut tu.. 

akhirnya aku pon berjaya memancing laki aku untuk membelikan aku sepasang kasut.. hahaha.. aku memang suka pakai kasut bata sebab lembut dan tahan lama untuk aku.. tapi kasut yang paling lama bertahan ngan aku 3 bulan je pun.. kalau selalu pakai la.. 

then aku yang dah lama mengidam nak makan RED VELVET CAKE ni pun merengek dan merayu pada laki aku untuk berhenti sebentar ni Coffee Bean.. kawan aku bagitau kat sini ade red velvet.. bile aku intai² memang ada.. xcited wei.. hahaha...

red velvet cake [at] coffee bean

laki aku pilih ESPRIT Raspberry.. pergh.. kuat gile 'gas' dia.. memang tak terminum aku.. maka aku pon melayan cake ajalah..

sayang nak makan sebenarnye.. nampak cantek sangat.. hahaha.. suke makan bulat² merah tu.. crunchy.. amenda ha tu?

apa pandang²? jangan haraplah aku nak bagi! hahaha..

cedap cedap cedap . . nyum nyum . . nak lagi ?

pastuh sambung berjalan-jalan selepas abeh menjamah kek tu.. sedap plak wei.. nak lagi perot kenyang da.. hahaa..
 

jom amek gambar jap before balek.. 

btw kitorang dating naik moto je.. jimat jimat . . hhahaha

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 

sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
Beberapa hari lagi peperiksaan SPM akan tiba. Aku tiada langsung semangat untuk mengulangkaji pelajaran. Jari-jemariku rancak bermain dengan butang di telefon bimbitku. Membalas pesanan ringkas dari rakan-rakanku yang turut sama tiada hati untuk mengulangkaji.

Salah seorang yang bermain pesanan ringkas dengaku adalah DIA. Kawanku telah memberi nombor telefonku kepadanya. Kononnya untuk menambah kenalan. Tetapi sebenarnya si DIA kaki perempuan. Jika boleh semua perempuan cantik hendak dijadikan kawan. 

Bukanlah hendak memuji diri sendiri. Sebabnya aku dan DIA tak pernah berjumpa. Hanya berkawan melalui pesanan ringkas (SMS). Aku tidak ingat pula jika kami pernah berbual. Tapi agak kerap juga kami ber'SMS'. Pagi, petang, siang, malam. Bila difikirkan balik, macam orang bercinta pula. Tapi tidak, kami tak bercinta. Hanya kawan. Kerana ketika itu aku sudah berpunya.

Masa berlalu. Aku dan DIA semakin jarang berhubung. Mungkin setelah selesai peperiksaan SPM, kami lebih membuat hal masing-masing. Bekerja. Kemudian aku sambung belajar. 

Ketika memasuki semester 3, aku yang sedang menghadapi konflik dengan kekasih mengajak rakanku untuk berjalan-jalan ke Kuala Lumpur. Kami menuju ke KLCC. Aku dan kawan masing-masing mengajak orang lain untuk bertemu di KLCC. 

DIA menjadi orang yang pertama terlintas di fikiran untuk aku ajak bersama untuk berjumpa. Mungkin kerana kami tidak pernah berjumpa, maka aku teringin sangat untuk berjumpa dengannya.

Aku bertuah kerana dia bersetuju untuk berjumpa. Tak sangka pula dia bersetuju. Aku masih ingat saat aku turun dari eskelator, dia sedang menantiku di hadapan eskelator sambil bersandar pada kekisi bulatan di tgh KLCC itu. 

Berbaju sweater putih, berambut agak panjang dengan wajah yang tiada senyuman. Telefon di tangan serta merta di simpan ke dalam poket. 

Kami berjalan bertiga melewati kedai-kedai di dalam KLCC. Tiba-tiba rakanku meminta diri untuk menjemput teman yang di ajak untuk berjumpa. Tinggallah kami berdua. DIA membawa aku ke food court untuk menjamu selera. 

Nasi ayam dan 100plus menjadi menu pilihan. DIA belanja. Tiba-tiba aku terlihat kelibat kawanku seperti mencari-cariku. Aku cuba melambai, tetapi tidak disedarinya. Dengan selamba DIA mengatakan kawanku tadi ada lalu disebelahnya. Tetapi dia sengaja tidak mempedulikan kerana ingin berdua denganku. 

Aku ketawa lucu. Geli hati pula dengan sikap DIA. Setiap butir bicara yang keluar darinya tanpa sebarang senyuman. DIA sangat susah untuk senyum. Hingga saat ketika rakanku akhirnya berjumpa denganku berserta wajah keletihan mencariku. Aku hanya ketawa bersendirian diiringi keluh kesah kawanku. Kasihan..



 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
Saatku berjalan bersama teman-temanku melintasi kedai-kedai yang berderet sambil berbual dan ketawa mesra, terlihat olehku kelibat seseorang yang amat ku kenali suatu ketika dahulu.

Berkulit hitam manis. Bermata besar dan kuyu seperti tidak cukup tidur. Berbibir merah walau ku tahu dia seorang perokok. Berambut panjang berombak.

Saatku terbayangkan bentuk fizikalnya yang pernah bertakhta di hatiku, dia menegurku. Lalu turut serta bersamaku dan teman-temanku berjalan.

Tanpa ku sedari, hanya tinggal kami berdua. Tiada apa yang kami bualkan. Sekadar berjalan seiringan. Kelu lidah untuk masing-masing bersuara. Debaran hatiku mula tak menentu.

Ah.. Aku hampir lupa aku sudah berumahtangga. Dia tenang ketika aku memberitahu aku sudah berumahtangga. Tetapi aku tidak mampu untuk mengusir kenangan indah kami. Aku sengaja membiarkan diriku hanyut bersamanya.

Walau hanya berjalan seiringan. Aku terasa amat bahagia. Tidak pernah aku bahagia seperti ini. Umpama apa yang pernah aku impikan dahulu menjadi kenyataan.

Bahagia bahagia bahagia . . . biarlah saat ini tidak berlalu pergi. Aku tidak mahu menghadapi hari mendatang tanpanya di sisi. Biarlah kami hanya diam membisu seribu bahasa. Asalkan dia berada di sisiku seperti saat ini.

--mimpiku malam semalam. hubbyku jadi ex-boyfriend aku--
--tapi kebahagiaan tu benar-benar aku rasa sampai aku bangun tidur. tak lepas aku tatap wajah hubby sambil ketawa dan cerita kat hubby tentang mimpi aku--
--da berapa hari kena tinggal. asyik tidur sorang-sorang. sebab tu mimpi macam tu kot--
hehehehehehehehe

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
ya ALLAH, sesungguhnya ISLAM itu mudah.. hanya manusia seperti aku yang menyusahkan yang mudah..

detik untuk aku bergelar isteri semakin hampir.. seminggu lagi aku akan bergelar isteri kepada MOHD FAHD ARIFEE setelah 4 tahun 4 bulan 5 hari memadu kasih.. hehehe...

setelah berkira-kira segala nya.. banyak yang perlu aku pertimbangkan untuk mengurangkan belanja kenduriku.. kerana masalah budget lari disebabkan terpaksa membaiki rumah usangku yang semakin uzur.. maka dengan itu aku terpaksa mengurangkan segala perbelanjaan kenduri ku nanti...

kepada kawan²ku, para jemputanku nanti, aku harap janganlah korang 'bercakap belakang' mengenai kekurangan majlisku nanti.. mungkin majlis aku dan adikku tak semeriah majlis korang nanti..
grr... hape gemok sangat ke aku nih? mencik tol! aku tgok slim je... [giler pasan x sedar diri] ntah le.. bile nak sedar diri.. tetibe ushar² gambar kahwin orang, terasa jeles plak kan nampak slim.. maka nampak canteq..
hape orang gemok yang kawen nmpak ta santeq ke? ha.. jawab.. jawab.. sape ade aweq yang gemok cube jawab ngan jujor ye.. jangan nanti gambar kawen da siap pi cakap..

"Nape ayang nampak gemok betol dalam gambar ni?"
mapuih la hang pi tidoq luaq.. baru dua minggu kawen da kene halau.. hahahaha... gara² mulot tatau nak tapis ayat.. kena lah hati² ye bakal² suami di luar sana.. nak tuju kat bakal suami sendiri, dia bukan jenis blogging.. jenis on9 pon dah mmg bukan dia.. hehehe...

busy betol tunang tercinta carik duet nak kahwen punyer pasal.. hihi... ne ade mase nak layan komputer ni... biarpun jauh di perantauan.. tapi sayang takkan penah hilang.. wah.. berjiwang la plak aku malam ni..
cayunk awk manyak² tau..
esok dia dah nak balek ke tempat kerja.. pujuk die balek ari isnin dia tak mau.. pekerja contoh betol dia ni.. hehehe... x puas tau.. maklum la kat sane line pon x clear.. mmg nak bercontact melalui phone pon tak buleh.. apatah lagi beronline kan.. hahaha... utus surat boleh kot.. hak hak hak..

ha, nak gitau ni.. kad kahwin untuk kenduri belah umah dia dah siap.. kalo korang kawan kepada Mohd Fahd Arifee b. Mohd Arshad.. boleh la request kad kahwin dari dia cepat-cepat.. dia jarang ada kat KL. mungkin dua minggu sekali dia balek.. huhu...

pada kawan² aku, aku akan jemput pada bulan januari 2012, insya'Allah... tunggu jelah ye.. hihi.. kad kawen pon lom siap design lagi.. nak buat lain dari yang lain kunonnye.. tapi tatau la kan.. hihi...

sekian entry malam ini.. selamat malam.

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
urgh . . . baru sehari dia jauh dari aku . . baru sehari dia keluar outstation . . aku dah macam hilang arah . . mawu nye tidak, sepanjang perjalanan takkan la nak berhubung, sape lak nak drive kan. . lagipun macam tak sayang pulak bila nak berhubung setiap saat bila tahu chenta hati nak berjalan jauh. . maka aku pun bersabar menanti dia selamat sampai ke destinasi. Alhamdulillah, 6.01 pm dia sampai, katenye la time dia kol aku pada jam 6.33 pm. hehehe. . rupanya dia nak bagitahu, line tak clear kat sana. . . aku terus macam kanak² yang dimungkiri janjinya untuk beli aiskrim . .
"bergenang....air mata ini, sebak sudah namun tidak jatuh juga,
mengalir.... cumalah hatiku senyum tawa hanya tutup duka lara"
Ukays - Sebak

mawu nya kau tak sebak, cuba kene batang hidung kau, mesti sedey.. tapi apakan daya, chenta hati pergi mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga, cewah! hahaha... betol la kan?
aku ni je yang terperap kat umah menternak lemak.. tak sedar baju sume da tak muat! kene pakai baju mak aku plak sekarang. malu tau! (blushing*)

waktu tinggal kurang dua bulan lagi. aku masih tak sedar diri dah gemok! ummie qaseh da bising² aku wat derk je pasal badan aku yang semakin gebu dan montok! (auuww*)

maka dengan ini, aku mencubalah menyedarkan diri.. aku nak cuba makan hati je sepanjang chenta hati jauh dariku.. kunon² rindu sangatlah.. hehehe.. (buleh ka?)

miss him so much la.. T___T

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
hai semua yang sudi membace blog aku ni.. hehehe... tajuk post tade kene mengene la plak ye.. sbnrnye arini aku nak update pasal aku yang penat berjalan main pusing-pusing key el.. da lama rasenye aku tak berjalan jaoh ni.. (T____T) memang la saket kaki aku... itupon tak masok banyak kedai.. tak larat wei.. berjalan-jalan mencari kain ntok kenduri kahwin nanti.. hehehe.. sb susah sgt nak jmpe wa cakap lu... 

tema yang aku pilih ialah hijau (main color) combine biru.. haa.. susah kan kan? aku ade jmpe hijau pink.. biru pink.. hijau biru mmg ak lom jumpe lagi.. korang penah jumpe x? hehehehe...

first kedai aku masok.. mmg aku terus berkenan ngan kain neyh.. slumber yaya aku amek kain bwk kulu kilir nak combine ngan lace belah luar biru yang mane cun... last-last aku pilih lace putih yang ade labuci-labuci or manik-manik biru.. mmg aku jatuh cinta terus la.. tp ummie aku soh pusing-pusing lu carik.. byk lagi kedai lain...

hurmm... mmg ekotkan jela kan.. aku sbnrnye bukn reti soping neyh... kalo dah berkenan, beli, balek la... tp dah kate byk lagi pilihan lain.. aku pon ekot jela... kat jakell jumpe set cadar plak... cantek pade mate aku.. hahhaaha.. beli 2 set ntok adik aku skali... kire murah la tu... hik hik...

pusing lagi cari-cari... sampai aku penat.. aku x jumpe.. patah balek pi beli tmpt mule2 masok td.. 
taaddaaa.... cantek x?? cntek x?? 
ape? x cantek?
mmg la x cantek.. lom jadi baju lagi.. aku baru beli kain je.. nnti dah siap jadi baju korang jangan jeles plak.. hahahaha... pastu jadi trend plak kaler biru hijau... wakakakaka... bile bayangkan biru ngan hijau mmg cm x kene je.. tol x??

sebenarnye tgh pikir-pikir design cmner nak wat ni.. korang ade idea x??
kalo ade.. derma lah sket ye.. kot ade blog mane2 ke.. hehehe...

uyeh... cam tak sabar plak.. wlupon lambat lgi.. yelah, taon depan.. lambat r lagi kan.. hak hak hak..

okey lah.. gudnyte.. saket lagi kaki ni weyh... dah smpai peha dah lenguhnye.. 

by the way... selamat hari MALAYSIA
tata.. terima kasihlah bace.. 
(^__^)V

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
pergh.. tajuk posting agak meluat la plak... tapi saje la aku nak share dari pengalaman aku ni.. yelah ramai gak kawan-kawan aku sek kene permain ngan laki kan..

ha.. stret tu de point..

1. even die jenis pemarah, tapi dengan kau dia takkan marah. kesabarannya jadi terlalu tinggi untok kau.

2. dia akan berterus-terang ngan kau. kalo ko busuk, die ckp la kau busuk, tp dia tak kisah pon sbnrnye, tujuannya cuma nak kau tau dan tak malu bile berhadapan dengan orang lain.. kire nak elakkan kau dimalukan la.. biler dia tegur tuh, korang jangan lah melenting tak tentu pasal.

3. time korang membebel, diorang tak kisah pon ntok mendengar or melayan. tiap kali kau orang bercerita dia akan amek perhatian. tak kirela kalo ko cite pasal korang bergaduh ngan kucing sekalipun.

4. kes cemburu, ni bergantung pada pasangan masing-masinglah.. sebab zaman skrg ni jenis open minded la katekan.. tak kisah sgt kalo korang kuar ngan jantan yg dikatekan BFF tuh.. tp cube pikir balik, tak pelik ke kalo laki korang tak jeles? mcm tak kisah plak kan? so, situasi aku dia mmg cemburu. tak bagi keluar ngan laki lain, sedangkan dia pon x kuar ngan mane2 perempuan. tapi kalo nak kuar jugak, dia akan tanya detail, ke mana, bape ramai, nak buat apa, tak ada kwn pompuan ke.. then sepanjang kau kuar ngan laki tu, kompem tepon ko sek berbunyi je.. hahahahaha... [tp kes aku ni, aku kuar ngan pompuan pon die bising]

5. asyik nak citer pasal kahwin, cerita pasal nak kumpul duet ntok korang, nak cube penuhi Wedding Dream korang.. sampai kadang-kadang korang yg naik muak dgr, citer pasal kehidupan lepas kahwin, pasal anak, tu tandanya dia mmg dah betul-betul la ready nak jadi suami kau. hahaha.. slalunye perempuan je yg akan bercerita ke arah tu.. betul x??

6. tak putus-putus berhubung. tak kire mase dan waktu.. kadang-kadang terjaga tgh mlm pon leh lagi kol or SMS bgtau dia mimpi ape..

7. tak takut ntok berbincang soal kawin ngan parents korang. ha, kat sini la membuktikan betapa seriusnye laki-laki ini.. hahahaha.. yelah, kalo x serius, berani plak kan nak jumpe parents..

susunan terabur, cume ciri-ciri di atas berdasarkan pengalaman.
jika ada penambahan boleh la share.. hehehe



 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
selamat malam ahad..
bagi anda yang last cuti, especially student² yg cuti 4 bulan tuh..
jangan nak mls-mls lak gi kelas esok..
wuuu.. sedey plak dah berjauhan ngan si shuhaida...
(terharu tak kau?)

kawan yang leh susah senang bersama.. hehehe..
susah nk ade kawan cmtu wei.. kalo korang rase
kawan yg ade tu cmnih.. jage la leklok ye..

kire sbnrnye kau lah slh satu orang yg leh membahagiakan hidup aku..
wahahaha.. mlm ni agak emo sket la.. mklumlah.. dah terpisah jaoh balek.. hehehe

sebenarnye aku nak gitau perkara-perkara yg boleh membahagiakan aku
slh satunye . . secara langsung atau tidak..

lihatlah gambar berikut
bukan lembu itu yg membahagiakan aku.. hahaahaha.. mknn itu yang membahagiakan aku..
3C (Crispy Chicken & Cheese) from Hot n Roll..

first time aku makan mende alah ni kat Sunway . . mmg jatuh cinta..
tiap kali pegi tmpt yg ade menatang ni, pasti aku akan beli even baru pas mkn tmpt lain..
hahahaha... tapi kat Times Square punye paling tak sedap! euww..!!
tapi tatau la sekrang cmne kan..

dulu time memule pas rase, susah nak cari Hot n Roll ni.. tp sekarang paling hampir kat Selayang Mall ngan Wangsa Walk.. kalo x dulu, time gi Sunway je aku dapat mkn...

sbnrnye.. ini je aku tau.. lain-lain perkara membahagiakan.. len entry plak ye.. hahaha.. jom lah tido..

comel x kami?
korang rase nak belah-belah x? jgn lah ye.. doakan kebahagian kami..
hehehehe...


 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
sayyidatina fatimah r.a :
yang lebih baik bagi wanita ialah mereka yang tidak melihat lelaki dan tidak dilihat lelaki..

"kenapa wanita pada hari ini suka menonjolkan diri untuk tarik perhatian lelaki??bangkitlah wahai kaum hawa..ingatlah bahawa kalian adalah fitnah dunia..oleh itu,pelihara lah dirimu sebaiknya..buka mata,buka akal..sedarlah bahawa keadaan wanita pada hari ini sangat2 tenat..ayuh sama2 mantapkan ilmu agama agar ia dapat membentengi dirimu dari menjadi wanita yang durjana...."


ayat di atas aku amek dari satu group kat fb.
korang ade terasa ape² tak dr ayat di atas?
ha... ak pon same jugak. kdg² tayang gmbor comel..
hak hak hak...

ok la.. ak cube kurangkan.. tp mmg da lame
ak tak tayang gmbor ak yg comel kt fb
skrg boh gmbr² katun je.. hehehe..
tetap comel oke..

cmner plak letak gmbor org lain..
cth gmbr artis yg x menutup aurat?
kite tetap dapat saham nyah!
yelah... dah kite letak gmbr artis seksi..
jantan² lak pi cuci mate kt page kite kan..
ha.. ko amek la sket saham dose..
bg modal kt dorang kan buat dose..

[aku pon suke letak gmbr scarlet johannsson yg ngancam tuh]

maka di sini kalo bley elakkan la yer..
**peringatan ntok diri sendiri jugak.. hehehe

*****************************************************

ni ade tambahan sket..
ak saje jela nk bagi peringatan pade gadis²
yang rajin betol on9 ni kan.. x kire la
twitter ke.. fb ke..

demi keselamatan korang..
janganlah korang :-

1. visible kan phone number or address
sebabnye, disebabkan korang terlalu cntek or comel
nnti hidup korang x tenang.. org ganggu ke..
tetibe muncul kt umah ke kan..
sdgkn ko x kenal org tu..

2. jgn la letak pic yang dedah mendedah sgt [even korang mmg seksi abeh]
sebabnye, kalo jenis laki psycho ni yg da berkenan kt korang
ha.. dorang akan carik korang smpai dpt
ak tatau..
kan ke ade kes pompuan kene bunuh tu..

3. janganlah update status bgtau korang dok umah sensorang
(lelagi awek yg cun² n seksi tuh)
bygkan korang tak perasan alamt umah korg visible
kt fb.. ha.. kalo ade perogol bersiri tgh on9
perasan korang sensorang
x ke mcm bg chance je kt dorang.. ye x??

4. ni paling x sepatotnye.. lg² bg yg da kawen..
janganlah korang update status yg membuatkan org boleh agk
umahtagge korang tgh menggelegak...
x kire la suami isteri ke.. pakwe makwe ke.. tunang-tunangan ke..
**ak pon time memude cmni.. bile pikior balek
cm bodoh je gtau org.. hahaha**
yg ni bukan ape.. kalo korg ni yg da ade ikatan,
kebetulan ade secret admirer ke.. kekasih lama ke..
cucuk korang.. kacau daun.. x ke punah ranah nnti
betol x??

hurm.. sekian saje la arini..
emosional lak ak arini..
japgi nak pi kursus kawen ni.. disebabkan ak sorang²
sebab tunang ak da ade sijil kursus kahwin tu
ak pon mengajak lah adik ak sebagai teman...
sekali je seumur hidup.. korang baru abeh skolah
kot tade mende nak buat.. korang gi je amek
kursus kawen sesiap.. senang nnti..
hehehe...

salam, ramadhan yang ke - 20
x lupa juga salam merdeka ke - 54

semoga MALAYSIA berubah menjadi negara ISLAM cth..
name je ISLAM agama rasmi..
pemimpim sendiri x ekot cara ISLAM
cmne?



 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 

ngidam this cake for 2 weeks .. haha..
actually nak buat sendiri . . . tp x sempat ler..
dah la keje dari senin smpai sabtu..
sabtu pon full day..

mase bile nak dpt buatnye? ?

anyway thanks to my chenta hati ku...
when i heard bout dis cake
jual kat bazar TTDI terus mintak die tlg beli
mcm biase la kan, sekali mnx takkan dpt punye..
so.. kene la drama sket.. merajok . . pujok..
hehhe.. finally dapat gak today..

but the taste . . hurm.. not my taste la..
hehehe..
mybe sb ak da biase baking² cake ni..
then the rase was not as i jangke la..
coz. . . i thot the cake hv many flavor..
heehhehe...
rupenye juz cake butter sajer..
tmbah plak the icing tuh mmg idak la kami gemor..
ak ngan adik ak mmg x mkn icing camtuh..
kalo krim mmg laju la sapu.. hahhaa..
 cume the color
sungguh la menceriakan jiwaku.. . .

tgok jela kalernye kan.. baru betol name
RAINBOW CAKE
if ade mase ak nk try buat using different flavor la..
buat eksperimen ngan my sista . .
hehehe...

ape yg betol² jd terbuat oleh ak
cume lah biskut batik sebab bende tu x pyh nak
tunggu bakar².. masak je atas dapor pastuh
masok dlm loyang.. then simpan lam
peti ais..

semalam pon baru sempat buat.. hehehe..
terus kene hidang kat "TETAMU YANG DIUNDANG"
eh.. kenapa die plak yang dpt jamah air tangan
aku ni??? isk isk isk... slh orang daa...


 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
**canteq x gambar ni? hehehe.. gambar xde kene mengene ngan posting kali ni**

salam semua...
korang semua sihat ke?
harap korang sehat la ye..

ak ni jarang da update blog..
sbnye keje byk..
tp skrg bln² puase ni x byk lak keje
hehehe... leh la meng update kan..

dah hari ke-12 puase.. ak baru 8 ari je puase..
kenape? phm² sendiri jela ye..
kekekeke..

makin ari makin dekat ak dengan ari 'ITU'
kalo nak di ikutkan boleh rabak gak
pale otak pikir kan ari 'ITU'
sebabnye yela.. baru keje beb.. 
duet x penahnye cukop..

tp ak tetap aku.. RILEKS aje..
benda baik insya'Allah akan dipermudahkan..
ape nak takot kan?

so skrg ni keje ak main survey² je..
sume nye mmg harga "BUDGET" je ak request
hahaha.. jmpe je web ni... terus ak email..
mnx quotation harga paling "BUDGET"

nak wat cmne kan.. terpaksalah sedar diri..
kang over² mkn diri sendiri lak..
betol x? 

wlu budget cmne pon, ak akan pastikan
sumenya akan terbaik.. terbest.. terindah..
hehehe.. 'TER' ni cm x sengaja lak bunyi nye kan?

betolkan..
ak akan pastikan semuanya BAIK, BEST dan INDAH..
ha.. baru betol.. sb ak mmg sengaja je..
bukn x sengaja..

aku berdoa dan berharap..
semoga semua impian / azam aku untuk tahun 2011 ni tercapai..
korang nak tau ape die?? korang leh r refer kat post lame..
hehehe... 
x pon korang scroll je ke bwh..
tgok ape yg belom ak capai lagi..


korang doakan aku ye.. AMIN....
selamat berpuasa ye semua..

kebetulan ari ni ade birthday beberapa org kawan ak..
leh r aku wish skali..

HAPPY BIRTHDAY ntok
  MAZNI dan RAHMAT (eh.. ko kawan aku ke?)
semoga dimurahkan segala rezeki... (termasuk jodoh) hehehe...
korang da tua da...

tak lupe jugak bekas cikgu lukisan kejuruteraan saye
semoga panjang umor dan murah rezeki juga.. =)



Photobucket