catatan ringkas

by Rabu, Oktober 19, 2011 1 orang dah meluah perasaan
assalamualaikum semua.. lama jugak aku tak update blog kali ini. agak busy dengan kerja baru sekarang. walaupun hanya bekerja dari rumah, tetap busy. hehehe... tambahan pula aku seronok melayan cerita korea .. tengah layan secret garden sekarang.. tinggal lagi dua episod.

aku tak boleh nak taip pnjg sgt kot. so aku ringkaskan semua sepanjang aku x sempat nak update. tapi aku nak kongsi. sebab aku just tweet aje selalu.. huhu..

************************
tolonglah wahai wanita!
wanita.. boleh tak anda consider sikit bila berada di dalam surau? mestilah korang sedia maklum surau tu kecik, orang pulak ramai nak tunggu turn.. perlu ke korang sibuk nak ambil jugk space utk touch up muke? repair tudung.. semua tu korang boleh buat dalam bilik air la..
kalau yang nak berzikir / berwirid tu boleh la consider lagi lepas solat kan. mungkin korang dah jadikan ia sebagai amalan. tapi pada aku, jika keadaan sesak dan orang ramai, tak perlu.. sambil lipat telekung masih boleh berzikir. bagi peluang kat orang lain nak solat jugak. zikir dan wirid tu sunat. tapi solat tu wajib. disebabkan anda sibuk nak mengejarkan yang sunat. perkara wajib untuk orang lain pulak terabai. tak elokkan?

************************
tinggal sebulan!
wah... pejam celik pejam celik.. tinggal sebulan aja lagi majlis aku.. huhu.. buat kawan² yang mengenali.. aku akan bernikah pada 19 november ini... tapi harap maaf lah tak dapat nak menjemput anda semua kerana family aku buat majlis kecik je.. kenduri doa selamat.. insya'Allah bulan januari tahun depan barulah aku buat majlis kenduri kahwin untuk aku dan adik aku yang akan berlangsung sekali.. jimat kan? hehehe...

************************
apa aku nak bagi?
tetiba aku terfikir nak bagi sesuatu pada bakal suami aku nanti. tapi aku tatau nak bagi hape! sebab die tu cerewet sangat.. huhu.. nak barang mahal je.. tak main la barang uptown kan.. hahaha.. ingat nak bagi cincin.. tapi dia tak minat.. takkan nak paksa.. nak bagi jam, ha.. lagilah tak mampu sb yang dia berkenan ribu² punyer.. korang boleh bagi idea tak nak bagi apa? sebab time nikah nanti kami tak ada barang hantaran da.. hihi.. ce bagi idea..

sekian catatan ringkas..


 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 

dayan punyer

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

1 orang dah meluah perasaan:

cha zainol berkata...

selamat pengantin baru in advance :) btw, bagi lah ape pon asal kau ikhlas he will accept it :)