Artis pertikai mengapa lutut tu aurat bagi lelaki..

by Isnin, Oktober 10, 2011 2 orang dah meluah perasaan

gmbr kt atas tu aku gune screen_grabber .. agklah terkilan lihat sorang artis ni punyer tweet... selain menunjukkan kejahilan... ianya macam tak patut je.. boleh buat orang lain berfikiran serong.. sepatotnya jika ada kemusykilan, direct bertanya dengan orang yang lebih arif..

ini pandangan akulah.. lagipun, kita sebagai hamba Allah tak sepatutnya mempertikaikan apa yang disuruh oleh-Nya kerana kita sedia maklum Allah Maha Bijaksana.. tak habis dengan kes hukum HUDUD, kes aurat pulak dipertikaikan...

sedarlah wahai kaum lelaki oi.. aurat anda cume dari pusat ke lutut.. itu pun tak mampu ke nak tutup? patutlah perempuan [aku tujukan kan artis ni] lagi susah nak tutup auratnya.. wallahualam~

aku ada copy paste satu perbualan.. tapi aku tataulah ini rekaan atau benar² berlaku.. tapi dari perbualan ini aku rasa pada anda yang teramatlah bijak pasti dapat memahami apa yang cuba disampaikan dari perbualan ini..

"Ustaz mengapa kami kaum wanita kena tutup aurat banyak dan sukar, tapi lelaki sikit aja. Adil ke begitu ustaz?" Tanya seorang wanita yang bertitle PhD dalam bidang ekonomi kepada saya. 

"Dr tahu tak berapa jarak matahari ke bumi? " Tanya saya membalas. 

"Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pulak? Bagaimana soalan saya tadi" Pakar ekonomi ini cuba mengingatkan saya. 

"Cuba Dr bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinchi rapat, apa agaknya akan jadi kat kita?" Soal saya mengajaknya berfikir. 

"Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot, ustaz" katanya. 

"Jadinya, Dr setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak..sudah tentu kita tak boleh hidup di dunia ni, bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dan tumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya" Jelas saya sedikit panjang. 

"Benar ustaz, saya amat bersetuju tentang Allah maha mengetahui dan berkuasa" katanya sambil mengangguk. 

"Jika demikian, mengapa Dr boleh timbul rasa sangsi tentang keadilan dan kebijaksanaan Allah dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini, dan lelaki begitu?" Saya cuba membawa semula kepada topik awalnya. 

"Hmmm, ye tak ye jugak ustaz kan, betul-betul tak patut saya rasa begitu, astahgfirullahah azim " sambil menggeleng kepalanya perlahan.

korang bijaksana tak untuk memahami perbualan kat atas? baguslah kalau bijak.. sape tak paham boleh tanya..  orang ISLAM wajib mengenali ALLAH.. ALLAH maha BIJAKSANA.. dari situ, masih lagikah ada kesangsian? 

bertanya untuk mendapat jawapan atau mencari sebab mengapa kenapa dari mana bagaimana tak salah.. dalam ISLAM kita memang patut sentiasa mencari jawapan bagi persoalan dan kemusykilan.. tapi bertanyalah pada yang pakar.. yang arif tentang sesuatu hal itu..

sekian celoteh terkilanku terhadap artis yang dah jadi bapa.. harap anda tak marah lah ye.. ini untuk kesedaran bersama aja.. agak ramai jugak mempertikaikan.. 


 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 

dayan punyer

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

2 orang dah meluah perasaan:

ayahanda berkata...

Assalammualaikum,

Bijak, berhemat tinggi serta alim Ustaz tersebut menjawab soalan tersebut.

Seperkara lagi yang sering kaum Hawa mempertikaikan adalah isu lelaki (read Ayahanda) boleh berkahwin sehingga EMPAT orang.

Hanya Allah sahaja yang tahu kenapa lelaki (read Ayahanda) dibenarkan berkahwin sehingga empat orang.

Sebenarnya, Ayahanda pun masih belum mendapat jawapannya!

Hanya Allah S.W.T sahajalah yang tahu kenapa dibenarkan lelaki (read Ayahanda)mempunyai 4 isteri yang jelita.

Terima kasih kerana berkongsi.

selipar hijau berkata...

pasal kenapa lelaki boleh kahwin 4 tu, mungkin [secara logik la] untuk menyeimbangkan .. sebab kita sedia maklum wanita lebih ramai daripada lelaki..

selain tu, kite sedia maklum jugak lelaki adlh ketua dan pemimpin..

lagi lelaki tak emosional seperti wanita.. maka lelaki mampu untuk mengawal isteri² mereka..

tapi bayangkan kalau perempuan diberi kuasa.. boleh berkahwin sampai 4.. kemungkinan porak perandalah kerana wanita dikawal oleh emosi..

pandangan saye la.. hehe... slh dan silap tlg betol kan.. =)