ku bahagia saat kau hadir ♥

by Ahad, Februari 05, 2012 0 orang dah meluah perasaan
Saatku berjalan bersama teman-temanku melintasi kedai-kedai yang berderet sambil berbual dan ketawa mesra, terlihat olehku kelibat seseorang yang amat ku kenali suatu ketika dahulu.

Berkulit hitam manis. Bermata besar dan kuyu seperti tidak cukup tidur. Berbibir merah walau ku tahu dia seorang perokok. Berambut panjang berombak.

Saatku terbayangkan bentuk fizikalnya yang pernah bertakhta di hatiku, dia menegurku. Lalu turut serta bersamaku dan teman-temanku berjalan.

Tanpa ku sedari, hanya tinggal kami berdua. Tiada apa yang kami bualkan. Sekadar berjalan seiringan. Kelu lidah untuk masing-masing bersuara. Debaran hatiku mula tak menentu.

Ah.. Aku hampir lupa aku sudah berumahtangga. Dia tenang ketika aku memberitahu aku sudah berumahtangga. Tetapi aku tidak mampu untuk mengusir kenangan indah kami. Aku sengaja membiarkan diriku hanyut bersamanya.

Walau hanya berjalan seiringan. Aku terasa amat bahagia. Tidak pernah aku bahagia seperti ini. Umpama apa yang pernah aku impikan dahulu menjadi kenyataan.

Bahagia bahagia bahagia . . . biarlah saat ini tidak berlalu pergi. Aku tidak mahu menghadapi hari mendatang tanpanya di sisi. Biarlah kami hanya diam membisu seribu bahasa. Asalkan dia berada di sisiku seperti saat ini.

--mimpiku malam semalam. hubbyku jadi ex-boyfriend aku--
--tapi kebahagiaan tu benar-benar aku rasa sampai aku bangun tidur. tak lepas aku tatap wajah hubby sambil ketawa dan cerita kat hubby tentang mimpi aku--
--da berapa hari kena tinggal. asyik tidur sorang-sorang. sebab tu mimpi macam tu kot--
hehehehehehehehe

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 

dayan punyer

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 orang dah meluah perasaan: