Aku ♥ Dia

by Ahad, Februari 05, 2012 0 orang dah meluah perasaan
Beberapa hari lagi peperiksaan SPM akan tiba. Aku tiada langsung semangat untuk mengulangkaji pelajaran. Jari-jemariku rancak bermain dengan butang di telefon bimbitku. Membalas pesanan ringkas dari rakan-rakanku yang turut sama tiada hati untuk mengulangkaji.

Salah seorang yang bermain pesanan ringkas dengaku adalah DIA. Kawanku telah memberi nombor telefonku kepadanya. Kononnya untuk menambah kenalan. Tetapi sebenarnya si DIA kaki perempuan. Jika boleh semua perempuan cantik hendak dijadikan kawan. 

Bukanlah hendak memuji diri sendiri. Sebabnya aku dan DIA tak pernah berjumpa. Hanya berkawan melalui pesanan ringkas (SMS). Aku tidak ingat pula jika kami pernah berbual. Tapi agak kerap juga kami ber'SMS'. Pagi, petang, siang, malam. Bila difikirkan balik, macam orang bercinta pula. Tapi tidak, kami tak bercinta. Hanya kawan. Kerana ketika itu aku sudah berpunya.

Masa berlalu. Aku dan DIA semakin jarang berhubung. Mungkin setelah selesai peperiksaan SPM, kami lebih membuat hal masing-masing. Bekerja. Kemudian aku sambung belajar. 

Ketika memasuki semester 3, aku yang sedang menghadapi konflik dengan kekasih mengajak rakanku untuk berjalan-jalan ke Kuala Lumpur. Kami menuju ke KLCC. Aku dan kawan masing-masing mengajak orang lain untuk bertemu di KLCC. 

DIA menjadi orang yang pertama terlintas di fikiran untuk aku ajak bersama untuk berjumpa. Mungkin kerana kami tidak pernah berjumpa, maka aku teringin sangat untuk berjumpa dengannya.

Aku bertuah kerana dia bersetuju untuk berjumpa. Tak sangka pula dia bersetuju. Aku masih ingat saat aku turun dari eskelator, dia sedang menantiku di hadapan eskelator sambil bersandar pada kekisi bulatan di tgh KLCC itu. 

Berbaju sweater putih, berambut agak panjang dengan wajah yang tiada senyuman. Telefon di tangan serta merta di simpan ke dalam poket. 

Kami berjalan bertiga melewati kedai-kedai di dalam KLCC. Tiba-tiba rakanku meminta diri untuk menjemput teman yang di ajak untuk berjumpa. Tinggallah kami berdua. DIA membawa aku ke food court untuk menjamu selera. 

Nasi ayam dan 100plus menjadi menu pilihan. DIA belanja. Tiba-tiba aku terlihat kelibat kawanku seperti mencari-cariku. Aku cuba melambai, tetapi tidak disedarinya. Dengan selamba DIA mengatakan kawanku tadi ada lalu disebelahnya. Tetapi dia sengaja tidak mempedulikan kerana ingin berdua denganku. 

Aku ketawa lucu. Geli hati pula dengan sikap DIA. Setiap butir bicara yang keluar darinya tanpa sebarang senyuman. DIA sangat susah untuk senyum. Hingga saat ketika rakanku akhirnya berjumpa denganku berserta wajah keletihan mencariku. Aku hanya ketawa bersendirian diiringi keluh kesah kawanku. Kasihan..



 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 

dayan punyer

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 orang dah meluah perasaan: