amal sunnah ibarat 100 kali pahala mati syahid

by Rabu, April 06, 2011 1 orang dah meluah perasaan
selamat pagi malaysia.. [org malaysia je kot baca]sedang ak bersahur, ak melayari facebook rakan²
[pergh.. skema toi]
lalu ak terbace notes dari FIRDAUS LOKMAN
rakan fb kpd cik SARAH FARHANA

7 Sunnah untuk diamalkan setiap hari
Hendaklah kita sentiasa menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.

Ketujuh- tujuh sunnah Nabi Muhammad Rasulullah SAW itu adalah:

1. Tahajjud
Hal ini kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaik-baiknya membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3. Jangan tinggalkan masjid
Masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


4. Jaga solat dhuha
Kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5. Jaga sedekah setiap hari
Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat mendoakan untuk orang yang bersedekah pada setiap hari.

6. Jaga wuduk terus menerus
Allah menyayangi hamba yang berwudu’. Kata Khalifah Ali bin Abu Talib r.a, “Orang yang selalu berwudu’ senantiasa akan merasa solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.


7. Amalkan istighfar setiap saat
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah.

sejauh mana kebenaran tentang notes ini, tidak lah hamba ketahui
tetapi tidak salah di amalkan sunnah nabi
tetap ada balasan pahala jika kita buat seikhlas hati

Photobucket

dayan punyer

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

1 orang dah meluah perasaan:

PhaqitaN berkata...

bgus le info2 gini :D huhuhu bt lg~~