Dicatat oleh al-'Abd al-Da'if: pada :

Allah S.W.T. telah mengkhususkan beberapa masa di mana pada waktu itu manusia begitu hampir dengan rahmat Allah S.W.T. dan kurnia-Nya. Pada masa-masa ini, manusia begitu dekat dengan Allah S.W.T. , di mana pintu-pintu langit terbuka dan doa-doa diterima. Antaranya ada 10 masa sepertimana yang dapat dihimpunkan daripada hadith-hadith Nabi S.A.W., iaitu;


1. Masa daripada gelincir matahari pada hari Jumaat sehingga terbenamnya matahari. Yakni antara selepas masuknya waktu zohor hari Jumaat sehingga masuknya waktu maghrib. Ini berlaku hanya seminggu sekali.

2. Masa ketika dinihari, iaitu satu pertiga malam yang akhir, atau waktu suhur sebelum masuk waktu fajar. Yakni antara pukul 2/3 pagi sehingga pukul 5/6 pagi lebih kurangnya.

3. Masa sujud, sama ada dalam solat fardhu mahupun solat sunat.

4. Masa selepas azan berkumandang, iaitu antara azan dan iqamah.

5. Masa selepas setiap solat fardhu.

6. Masa orang yang berpuasa berbuka puasa.

7. Masa turunnya hujan.

8. Masa berlakunya peperangan fisabilillah. Ini jarang-jarang berlaku.

9. Masa malam Lailatul Qadar. Ini berlaku hanya setahun sekali, iaitu dalam bulan Ramadhan.

10. Masa hari Arafah, yakni ketika jemaah haji berwuquf di sana pada 9 Zulhijjah. Ini juga berlaku setahun sekali. Mengikut pendapat (berdasarkan hadith-hadith), masa mustajab berkenaan adalah mengikut jemaah haji berwuquf di Arafah, walaupun kiraan hisab dalam taqwim tempatan kita masih menunjukkan 8 Zulhijjah.

(Faedah disaring daripada kitab al-Wasiyyah al-Nabawiyyah lil-Ummah al-Islamiyyah fi Hajjah al-Wada' oleh Prof. Dr. Faruq Hamadah, hlm. 168-174)

#copypaste from http://misteriousgrapersz.blogspot.com

 
 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
macam hari-hari biasa, aku tak boleh nak lelap bile waktu tidur tiba. amnesia insomnia kah aku? isk isk isk... minggu ni hubby aku asyik tidur sorang² aja sebab aku tak boleh nak tido.

aku start puasa dari hari Khamis .. sekali la untuk ganti + sunat + diet .. tapi sebenarnya yang diet ganti tu lah yang penting..

disebabkan aku tak boleh tidur.. duit pon da semakin berkurang.. maka dengan itu aku pon memujuk hubby ku untuk membawa bekal ke tempat kerja.. 

so, semalam aku masakkan ayam masak kicap.. sumpah tak sedap aku masak semalam! sebab guna kicap tak gune.. cis! tade rase hape! rase kelat je.. so lepas aku mkn untuk sahur tu, aku repair la balek.. baru la ade rase.. hahaha..

pastu kes masak sayur pon satu hal! layu giler kobis aku.. kesnye tgh masak cari garam x jumpa.. sayur atas dapur aku biar je dengan api x tutup. memang layu abeh la sayur aku.. kusuk sgt carik garam tak jumpa.. rupa-rupanya ada depan mata je.. Ya Allah.. macam mana boleh tak nampak?
hurm.. kalau Allah nak tutup mata kita.. apa lah yang boleh kita buat kan?
nasib baiklah hubby aku ni bab makan sume di bedalnye.. licin licau je.. *tataulah kalau dia buang lak kan .. tapi x mungkin.. hehehe..

hari ni menu ayam sambal, sawi ngan telur.. today masakan okay.. haha.. tp umi aku tolong repairkan sambal aku.. hehehe.. kurang minyak katenye... aku bukan apa.. konon xnak la minyak banyak kan.. kolesterol tinggi.. hahaha.. *dan dan je kan kolesterol tinggi .. sbnrnye mmg x reti!


eh.. sebenarnya aku nak cerita tentang semalam.. hahaha.. aku yang teringin sangat mengidam sangat *dah teringin mengidam pula nk makan takoyaki akhirnya dapat gak lah makan.. aku mintak hubby bawak aku gi Alpha Angel.. korang tau ke? Jaya Jusco kat Wangsa Maju.. hehehe..



aku mintak octopus 1 set dengan prawn 1 set.. nyummy.. sedap dowh!

kat mana lagi ada jual takoyaki ni ek selain kat J.J? aku tau kat J.J je yang ada.. kalo korang tau kat mana ada.. bagitau lah ye.. hehehe..

 wajah lapar tunggu waktu berbuka.. tapi sempat lagi posing.. macam cina muallaf x? hahaha

 hubby aku yang langsung takde sifat perikemanusian.. boleh dia makan je terus depan aku.. hahaa..

pastu aku ada beli seluar jeans selai.. argh~ gemok sgt da aku.. size 36 kau..! hahaha.. 

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
Aku dah lama perasan, banyak kereta di Malaysia ni suka letak anak patung yang comel² kat bawah kereta diorang. Konon comel la kan. Apa motif pon aku tak tahu. 

Kadang² macam kasihan pun ada kat anak patung tu. Nampak macam orang kena gantung pastu kena seret. Isk isk isk . . Kalau benda tu bernyawa memang menyeksakan lah.

Then one day aku mengadap internet, aku terjumpa satu entry tentang hal ini. Blog mana aku pon tak ingat. Rupanya itu adalah amalan ritual dari Thailand. Ada gak yang cakap dari Korea. Aku pon tak tahulah dari mana asalnya. Tapi motifnya sama.

Mengikut kepercayaan mereka, jika mereka meletakkan anak patung di bawah kereta mereka, roh orang yang mati kemalangan di jalanraya terutama kanak-kanak tidak akan mengganggu mereka dan kereta mereka malah gembira sebab ada anak patung tu. Boleh la buat main kan. *haha*

kat bawah ni kisah yang aku copy dari facebook Najib Syahmi Belog

TREND LETAK ANAK PATUNG Di BUMPER KERETA.

Saya teringat suatu perbualan dengan abang saudara saya semasa traffic jam di lebuhraya baru-baru ni. Pelbagai jenis kereta lalu melepasi kami dan abang saudara sy pun bertanya,

“Ha kau tahu tak, kenapa orang selalu letak anak patung bawah kereta dia?”

Saya lihat ada kereta lalu di hadapan, dengan anak patung Spongebob. Banyak dah orang buat, especially kereta sport. Ada tasmania devil, sylvester, tweety, pendek kata semua soft toy. kadang-kadang sampai buruk pun ada. Kesian tengok anak patung tu..

“Entah la,” saya duga. “Mungkin, nak bumikan elektrik semasa kilat kot?”

“Salah…”

“Sebab, ni budaya orang Thailand. Orang sana percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung. Supaya roh kanak-kanak tu happy.”

“La ye ke,” kata saya. “Patutlah time saya pergi Bangkok dulu, diorg buat shrine tepi jalan. Kata tourist guide, kalau orang tu mati kat situ, buat kuil kat situ. Dia jadi penjaga jalan tu.”

“Ha tulah, orang kita ni suka ikut saja budaya luar. Asal cute je buat. Tak fikir pun sebabnya.”

Bila Google di sini saya mendapati perkara yang sama. Di sini pula, halaman blog pelancongan Thailand ni pula mengatakan bahawa trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Peehhh…nasib baik saya pun tak buat…, nanti rosak pula akidah percaya pada roh anak patung. Hari tu ada jgk terfikir nk buat mcm tu…, npk comelkan?? So…apa2 pun nk buat, kita rujuklah dgn mana2 sumber yg patut..supaya jgn nnt org ckp… 

“nil ah dia..org yg suka beramal/mengikut....tapi takda ilmu…”

Maka dengan itu, kita sebagai Muslim / Muslimah, janganlah nak ikut membuta tuli saja apa yang orang lain buat. Kaji dulu atau tanya motifnya sebelum turut serta terjerumus secara tak sengaja. 

Semoga korang dah tau. Hehehe..

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
sangat suwit kan? i just wait my wedding photo.. then nak buat jugak lah video using this song.. boleh kan YUNA? hehehehe...

lirik terukir di bintang♥

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

♥♥♥ mohd fahd arifee ♥♥♥

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
sempena bulan FEBRUARY yang sinonim dengan bulan KASIH SAYANG kononnya.. inginlah hamba menge'paste' sesuatu yang berkenaan mengapa jatuhnya hukum HARAM bagi umat ISLAM menyambut / meraikan hari kekasih ini yang jatuh pada 14 Februari pada setiap tahun. Sama-sama lah kita baca dan kongsikan pada rakan-rakan sekalian.

♥♥♥hari-hari aku sayang♥♥♥

TIBANYA 14 Februari tidak lengkap tanpa peringatan supaya umat Islam tidak menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day yang sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat khususnya generasi muda sekarang.
Ada berpendapat usah dibangkitkan isu itu kerana hanya akan menjadi pencetus kepada amalan bercanggah dengan syariat Islam. Namun, ada baiknya dibincangkan perkara ini sebagai peringatan kepada mereka yang sudah memasang niat untuk meraikannya.
Malah, ia sebagai penjelasan kerana ada yang cuba menghalalkan sambutan Hari Kekasih ini supaya perancangan meraikannya tidak dipandang serong dengan pendapat, ia adalah hari untuk menterjemahkan perasaan kasih sayang bukan saja kepada kekasih, malah juga keluarga serta sahabat handai.
Hakikatnya, apa juga alasan diberikan untuk membolehkan Hari Kekasih disambut terutama oleh golongan muda Islam, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:
“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”
Buku Elak Sambut Valentine’s Day terbitan JAKIM membincangkan secara lanjut alasan mengapa umat Islam dinasihatkan supaya tidak meraikan hari yang mengambil sempena nama paderi besar Kristian Saint Valentine.
Berdasarkan fakta dalam buku itu, bagi merungkaikan isu kenapa umat Islam perlu elak menyambut Hari Kekasih, ialah dengan mendalami dan memahami apakah maksud Valentine itu sendiri serta asal usul ia menjadi sebuah perayaan.
Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History of First Name).
Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.
Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.
Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom.
Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.
Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.
Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.
Pendapat ketiga pula menyatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope.
Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.
Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.
Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine adalah perayaan keagamaan yang disambut orang Kristian. Malah jika merujuk kepada kenyataan pihak Kristian hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual dalam agama Kristian.
Laman web Spiritrestoration.org : The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah tajuk Pengertian Hari-Hari Suci Keagamaan – indeks Saint Valentine’s Day menyebut: Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian. St Valentine adalah syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di Amerika Syarikat sebagai perayaan cinta di zaman sekular.
Termaktub dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa juga versi berkenaan dengan St Valentine, kesemua mereka dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut: ’sekurang-kurangnya ada tiga orang St Valentine yang berbeza, semua mereka adalah syahid, ia disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.’
Berdasarkan fakta itu, jelas sekali Hari Valentine adalah perayaan yang menjadi amalan ritual agama Kristian. Ini sekali gus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih lagi dalam soal membabitkan akidah Islam.
Islam sangat prihatin serta menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti tersendiri dan berbeza dengan umat lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain.
Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan amalan ibadat agamanya dengan akidah dan ibadat agama lain.
Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)
Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal bersifat individu seperti dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariat Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
+ Artikel asal dari: http://nurjeehan.hadithuna.com
♥♥♥hari-hari aku sayang♥♥♥

so, hambe harap rakan² sume paham lah hendaknya mengapa, kenapa kan kan? harap terjawablah kan kan? 

tapi kalo nak beli barang jenama Valentino buleh kot.. erk.. Hush Puppies plak camner eh? kompius lah!!


 ►jumpa lak kartun ni◄

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori