Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan
 

mood : boring
time : office hour
day : last day of 2013

aku baru pas buat check up kat klinik.. suke la wat check up kat koperasi polis fasa 2 ni.. org tak ramai... nurse peramah.. friendly.. tenang je rase.. mungkin sb tempat baru kan.. kalo kat selayang.. nurse semua dah stress.. nak layan patient yg ramai.. especially yang bukan warganegara.. pergh.. aku tgok pon tension.. dah la tak reti cakap melayu.. payahnye nak urus.. perlukah nurse tu kene blaja bhs dorang plak? mmg kesian aku tgok nurse kat sane..

disebabkan itu aku sgt bahagia bile KIA (Klinik Ibu dan Anak) koperasi polis ni nak terima aku wat check up kat sini.. maklumlah dekat je ngan opis.. tak adelah aku terkejar2 dari selayang nak ke koperasi.. rase macam nak cari rumah area sini je.. bior anak2 aku pon dapat check up sini je.. haha.. tapi malangnye anak2 mmg takde istilah TUMPANG check up.. ibu2 je boleh sb ibu2 skrg kebanyakan bekerjaya.. jadi kenelah ikut kesesuaian dan keselesaan ibu kan.. 

mmg betol lah kate orang.. lain anak lain ragam.. dulu first time pregnant aku tak merasa morning sickness.. cume backpain je masalah aku dari awl kehamilan.. berat pon tak naik².. total berat aku naik sepanjang pregnant 10kg je.. start naik berat pon masok 5 bulan kot x silap..

ini kali pregnant aku pon kene morning sickness.. nak sgt kan rase.. haha.. tp Alhamdulillah tak la teruk sgt.. jangan silap makan je.. tak kire la kalo aku teringin sgt pon mknn tu.. tp kalo perot aku x leh terima.. keluar balek le jawabnye.. bau pon tak leh sebarang bawu.. ade skali rumah tak ade air.. jadi laok paok pon terbior la x berbasoh.. bile dah ade air konon nak basoh la ni.. skali aku yg kene basoh... berkejaran ke bilik air (padahal singki sebelah bilik air je) muntah2.. korg bayangkan bgon pg xde mkn pape lagi.. isi pon xde dlm perot.. pastu nak muntah.. x ke haru perit rasenye.. fuh.. nyesal nyesal pi rajin pagi tu.. haha..

nasib baik chenta hati kuh ade.. suroh dia basoh cepat2 semua pggan mangkok yg ade isi tu.. yelah.. aku nak masak.. nak gune ruang singki.. bile ade bau2 tu cemane nak masaknye kan.. hahaha.. tp kire teruk gak la pade aku.. mklomlah x penah rase..

mungkin sb tu gak berat aku bley turun.. 3 kg jugak la hilang dlm sebulan.. pergh.. nak amek kesempatan diet bley ke? hahaha.. 

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori 
11 mei lalu aku telah melahirkan mendapat seorang anak saudara yang diberi nama Irsyad As-Siddiq. Irsyad lahir tepat jam 11 malam di atas katil wad.. sekali lagi aku highlight kan.. KATIL WAD.. dengan sekali teran.. memang sudah dijangka yang keluar itu anak lelaki.. dengan berat 2.7 kg berwajah fotostat abi nye.. Irsyad disahkan sihat dan boleh kuar keesokan harinye..

tapi kisah x bestnye ialah, Irsyad x mahu menyusu ngan ummi.. nasib baik bonde ade stok untuk kak mawar.. so, share lah dengan kak mawar.. Alhamdulillah, Irsyad nak minum susu bonde.. bonde cube la perah n buat stok sebanyak mungkin untuk kak Mawar n Irsyad ye..

disebabkan Irsyad hanya minom susu bonde sejak lahir.. maka dengan itu Irsyad dengan Kak Mawar sah menjadi adik beradik susuan... Irsyad sah menjadi anak susuan bonde dan walid. bonde akan sayang Irsyad macam bonde sayang Kak Mawar, insya'Allah..

pade kak Mawar, jangan nakal² tau.. jangan usik adik Irsyad.. Kak Mawar suke cium Irsyad kan.. pandai ready bile suakan pipi Irsyad ke mulut Mawar. hehe.. pandai nye anak bonde.. kadang² je nampak Kak Mawar memberontak .. maklumlah orang da berkongsi kasih dengan nek mi.. ehehe..


saje aku kongsikan.. syarat sah menjadi ibu susuan.. amek dari web e-fatwa
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan.
Penegasan ini adalah berdasarkan pandangan Jumhur fuqaha’ yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak sepertimana pandangan Mazhab Hanbali, Syafie dan Hanafi yang menyatakan bahawa seorang perempuan yang hendak menyusukan seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai suami yang menyetubuhinya.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat ianya seorang wanita yang telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin ataupun sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudharat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.
Jumhur fuqaha’ juga bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:
a. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;
b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan
c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.
Hujah thabitan ini ialah kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payudara. Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan.
Muzakarah juga memutuskan bahawa seorang wanita beragama Islam tidak dilarang untuk menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga seorang bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada aqidah dan agama bayi yang disusukan tersebut.
Muzakarah juga memutuskan bahawa susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama’ mazhab Shafie dan Hanbali, kerana untuk thabit menjadi anak susuan ialah perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak.
Bagi seorang lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut telah thabit menjadi anak susuan, maka Muzakarah memutuskan bahawa lelaki yang menjadi suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.

 saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat, 
 sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni.. 
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori